Jika tiada idea untuk menyediakan hidangan potluck sekolah anak tersayang, boleh cuba resepi Spaghetti Carbonara simple ini. Bukan saja ringkas, malah cepat dan mudah dibuat.
Spaghetti Carbonara ialah sejenis hidangan pasta tradisional dari Itali, khususnya dari wilayah Rome yang menggunakan bahan-bahan ringkas tetapi sangat lazat dimakan.
Ruhaiza Bunyamin telah kongsikan resepi Spaghetti Carbonara simple di Facebook yang sangat mudah dimasak dan semua orang boleh makan tanpa rasa jemu. Jom kita cuba!
Baca juga: Tips Elak Makanan ‘Creamy’ Jadi Muak, Ada Bahan Perlu Diletak Rupanya!
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, tumiskan bawang besar dan bawang putih.
2. Selepas itu, masukkan sosej dan cendawan butang yang telah dihiris.
3. Kemudian, taburkan sedikit oregano flakes dan serbuk lada hitam.
4. Setelah itu, tuangkan sos cendawan.
5. Seterusnya, tuangkan susu segar dan perasakan dengan garam.
6. Akhir sekali, celur spaghetti sampai lembut dengan memasukkan sedikit minyak masak dan garam.
Nak tambah lebih sedap lagi, anda boleh memasukkan isi udang dalam resepi Spaghetti Carbonara ini. Jika hidangkan untuk keluarga di rumah, pasti mereka menyukainya nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Ruhaiza Bunyamin
Baca juga: Spaghetti Aglio Olio Anti Gagal, Ada Cara Untuk Elak Daripada Terhangit
Resipi kari kambing ini menggunakan teknik masakan tradisional India yang dikenali sebagai Araittuvitta Mutton Kuzhambu.…
Buntu memikirkan menu lauk untuk keluarga? Apa kata cuba ayam masak ketumbar yang digabungkan dengan…
Resepi sos thai homemade ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.…
Resepi scone merupakan antara pilihan menarik yang boleh disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang.…
Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…
Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…