Categories: Resipi

Resipi Kuah Karbonara Guna ‘Bahan Bajet’ Untuk Jamuan 20 Orang Makan, Creamy & Confirm Licin!

Kalau ada spageti karbonara di jamuan, sama ada jamuan raya, jamuan kelas atau potluck pejabat, hidangan ini antara yang paling cepat habis. Letak sahaja atas meja, tak sampai setengah jam mesti tinggal bekas kosong.

Ramai yang pilih cara mudah dengan guna sos dalam tin, tapi sebenarnya buat sendiri lagi puas hati. Rasa lebih segar, lebih berkrimdan boleh kawal ikut selera sendiri. Lagi menarik, bahan-bahannya pun senang nak cari dan tak mahal.

Resipi ini memang sesuai kalau nak masak untuk kuantiti besar. Kuahnya pekat berkrim, cukup rasa dan sangat memikat selera. Bila gaul dengan spageti, memang susah nak berhenti makan.

Baca juga: Peniaga Ini Bongkar Resipi Kuah Bolognese Hasil Jualannya, Kuah Merah Cantik & Pekat Elok

CARA BUAT KUAH SPAGETI KARBONARA UNTUK 20 ORANG

Bahan-bahan:

  • 3 bungkus spageti
  • 3 sudu besar butter
  • 7 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 ketul kiub pati ayam
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk oregano
  • 1 bungkus daging burger (dihiris kecil)
  • 2 paket sosej (dihiris)
  • 1 tin cendawan (dihiris)
  • 2 tin susu cair
  • 4 keping cheddar cheese
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Bancuhan tepung (tepung + air) untuk memekatkan kuah

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus spageti sehingga lembut, kemudian toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan butter dalam kuali besar.
  3. Tumis bawang putih sehingga naik bau harum.
  4. Masukkan daging burger dan masak hingga sedikit garing.
  5. Tambahkan serbuk lada hitam, oregano dan kiub pati ayam. Kacau rata.
  6. Masukkan sosej dan cendawan, gaul sebati.
  7. Tuangkan sedikit air mengikut kuantiti kuah yang diingini.
  8. Bila kuah mula mendidih, masukkan susu cair. Kacau sehingga sebati.
  9. Masukkan cheddar cheese dan kacau hingga cair sepenuhnya.
  10. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
  11. Jika mahu kuah lebih pekat, tuangkan bancuhan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau hingga capai kepekatan yang diingini.
  12. Akhir sekali, masukkan spageti dan gaul hingga semua bersalut dengan kuah.

Sumber: Siti Hasnah Ibrahim

Baca juga: Resipi Mi Rebus Johor Kuah Pekat, Hidang Untuk Rumah Terbuka Confirm Tetamu Puji

Wan N

Recent Posts

Resipi Wantan Goreng Inti Ayam Berperisa & Rangup, Ini Tips Supaya Lipatan Tak Koyak!

Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…

25 mins ago

Ini Cara Masak Sup Ayam Claypot Ala Kedai Yang Panasnya Tahan Lama, Nikmat!

Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…

5 hours ago

Cara Hilangkan Bau Bawang Pada Tangan Selepas Memasak, Ini 5 Petua Mudah Yang Boleh Dicuba

Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…

6 hours ago

Resipi Kari Ikan Bawal Emas Berkuah Pekat Dan Berlemak, Memang Surrr!

Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…

7 hours ago

Resipi Kek Marble Mudah, Tak Sangka Guna 4 Bahan Saja Dah Boleh Jadi Secantik Ini!

Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…

8 hours ago

Resipi Sup Tofu Pecah Telur, Hirup Kuah Panas-Panas Memang Tak Puas Semangkuk!

Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…

8 hours ago