
Kalau ada spageti karbonara di jamuan, sama ada jamuan raya, jamuan kelas atau potluck pejabat, hidangan ini antara yang paling cepat habis. Letak sahaja atas meja, tak sampai setengah jam mesti tinggal bekas kosong.
Ramai yang pilih cara mudah dengan guna sos dalam tin, tapi sebenarnya buat sendiri lagi puas hati. Rasa lebih segar, lebih berkrimdan boleh kawal ikut selera sendiri. Lagi menarik, bahan-bahannya pun senang nak cari dan tak mahal.
Resipi ini memang sesuai kalau nak masak untuk kuantiti besar. Kuahnya pekat berkrim, cukup rasa dan sangat memikat selera. Bila gaul dengan spageti, memang susah nak berhenti makan.
Baca juga: Peniaga Ini Bongkar Resipi Kuah Bolognese Hasil Jualannya, Kuah Merah Cantik & Pekat Elok
CARA BUAT KUAH SPAGETI KARBONARA UNTUK 20 ORANG

Bahan-bahan:
- 3 bungkus spageti
- 3 sudu besar butter
- 7 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 2 ketul kiub pati ayam
- 1 sudu besar serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil serbuk oregano
- 1 bungkus daging burger (dihiris kecil)
- 2 paket sosej (dihiris)
- 1 tin cendawan (dihiris)
- 2 tin susu cair
- 4 keping cheddar cheese
- Garam dan perasa secukupnya
- Bancuhan tepung (tepung + air) untuk memekatkan kuah
Cara-cara penyediaan:
- Rebus spageti sehingga lembut, kemudian toskan dan ketepikan.
- Panaskan butter dalam kuali besar.
- Tumis bawang putih sehingga naik bau harum.
- Masukkan daging burger dan masak hingga sedikit garing.
- Tambahkan serbuk lada hitam, oregano dan kiub pati ayam. Kacau rata.
- Masukkan sosej dan cendawan, gaul sebati.
- Tuangkan sedikit air mengikut kuantiti kuah yang diingini.
- Bila kuah mula mendidih, masukkan susu cair. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan cheddar cheese dan kacau hingga cair sepenuhnya.
- Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
- Jika mahu kuah lebih pekat, tuangkan bancuhan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau hingga capai kepekatan yang diingini.
- Akhir sekali, masukkan spageti dan gaul hingga semua bersalut dengan kuah.
Sumber: Siti Hasnah Ibrahim
Baca juga: Resipi Mi Rebus Johor Kuah Pekat, Hidang Untuk Rumah Terbuka Confirm Tetamu Puji
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














