Categories: Resipi

Resipi Spageti Bolognese ‘Goreng’ Versi Lain Dari Biasa, Idea Sarapan Yang Mengenyangkan!

Resepi spageti bolognese goreng ini sesuai untuk sesiapa yang mahukan kelainan ketika menyediakan sarapan untuk keluarga. Kalau selalu makan spageti dengan sos bolognese seperti biasa, kali ini boleh cuba versi goreng yang diolah mengikut cita rasa tempatan.

Hidangan ini menggunakan sos pasta tradisional yang dimasak bersama daging cincang, bebola daging, tomato dan pelbagai jenis sayur. Penambahan cili kisar serta sos cili pula memberikan rasa sedikit pedas yang menjadikan hidangan ini berbeza daripada spageti bolognese biasa.

Menariknya, resipi ini turut menggunakan jagung dan lobak merah untuk menambah variasi dalam hidangan. Boleh juga dijadikan menu sarapan hujung minggu atau hidangan istimewa apabila seisi keluarga berkumpul. Jom cuba resipi spageti bolognese goreng ini!

Baca juga: Resipi Kek Marble Kopi Yang Buat Harum Satu Rumah, Tak Sabar Nak Potong Bila Dah Siap Bakar!

RESEPI SPAGETI BOLOGNESE GORENG

Bahan-bahan:

  • 1 paket spageti
  • 1 biji bawang holland (dipotong dadu)
  • 1 paket daging cincang
  • 1 botol sos pasta
  • 1 tin cendawan (dihiris nipis)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 biji tomato (dipotong dadu)
  • 500g bebola daging
  • 2 helai daun bay
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit Italian herbs
  • Sedikit oregano
  • 1 kiub pati daging atau ayam
  • 1 tongkol jagung (diambil isinya)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya
  • Sedikit minyak dan garam untuk merebus spageti
  • Air secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Didihkan air di dalam periuk bersama sedikit minyak dan garam. Masukkan spageti dan rebus sehingga lembut. Toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, cili kisar dan bawang holland sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging cincang dan lobak merah. Kacau sehingga daging masak dan air daripada daging mula kering.
  4. Masukkan sos pasta, sos cili, kiub pati daging atau ayam serta sedikit air. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan tomato, isi jagung, cendawan dan daun bay. Biarkan sos mendidih supaya semua bahan masak dan rasanya sebati.
  6. Perasakan dengan Italian herbs, oregano, lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau dan biarkan sos mereneh sehingga mencapai kepekatan yang diingini.
  7. Masukkan spageti yang telah direbus tadi. Gaul sehingga semua spageti bersalut rata dengan sos.
  8. Tutup api dan hidangkan spageti bolognese goreng ketika masih panas.

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Wan N

Recent Posts

Uniknya Buat Roti Bakar Berinti Yogurt Guna 4 Bahan Saja, Rangup Di Luar Berkrim Di Dalam!

Roti bakar resipi ini sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan pagi atau snek petang. Dengan hanya…

2 hours ago

“Ini Bukan Bekal Suami, Buffet Namanya..” – Netizen Puji Lauk Meriah, Isteri Pun Bekerja Tapi Sempat Masak!

Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…

18 hours ago

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

19 hours ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

19 hours ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

20 hours ago

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

22 hours ago