Resepi spageti bolognese goreng ini sesuai untuk sesiapa yang mahukan kelainan ketika menyediakan sarapan untuk keluarga. Kalau selalu makan spageti dengan sos bolognese seperti biasa, kali ini boleh cuba versi goreng yang diolah mengikut cita rasa tempatan.
Hidangan ini menggunakan sos pasta tradisional yang dimasak bersama daging cincang, bebola daging, tomato dan pelbagai jenis sayur. Penambahan cili kisar serta sos cili pula memberikan rasa sedikit pedas yang menjadikan hidangan ini berbeza daripada spageti bolognese biasa.
Menariknya, resipi ini turut menggunakan jagung dan lobak merah untuk menambah variasi dalam hidangan. Boleh juga dijadikan menu sarapan hujung minggu atau hidangan istimewa apabila seisi keluarga berkumpul. Jom cuba resipi spageti bolognese goreng ini!
Baca juga: Resipi Kek Marble Kopi Yang Buat Harum Satu Rumah, Tak Sabar Nak Potong Bila Dah Siap Bakar!
RESEPI SPAGETI BOLOGNESE GORENG

Bahan-bahan:
- 1 paket spageti
- 1 biji bawang holland (dipotong dadu)
- 1 paket daging cincang
- 1 botol sos pasta
- 1 tin cendawan (dihiris nipis)
- 3 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar cili kisar
- 4 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 biji tomato (dipotong dadu)
- 500g bebola daging
- 2 helai daun bay
- Sedikit serbuk lada hitam
- Sedikit Italian herbs
- Sedikit oregano
- 1 kiub pati daging atau ayam
- 1 tongkol jagung (diambil isinya)
- 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
- Sedikit minyak dan garam untuk merebus spageti
- Air secukupnya
Cara-cara penyediaan:
- Didihkan air di dalam periuk bersama sedikit minyak dan garam. Masukkan spageti dan rebus sehingga lembut. Toskan dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, cili kisar dan bawang holland sehingga naik bau.
- Masukkan daging cincang dan lobak merah. Kacau sehingga daging masak dan air daripada daging mula kering.
- Masukkan sos pasta, sos cili, kiub pati daging atau ayam serta sedikit air. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan tomato, isi jagung, cendawan dan daun bay. Biarkan sos mendidih supaya semua bahan masak dan rasanya sebati.
- Perasakan dengan Italian herbs, oregano, lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau dan biarkan sos mereneh sehingga mencapai kepekatan yang diingini.
- Masukkan spageti yang telah direbus tadi. Gaul sehingga semua spageti bersalut rata dengan sos.
- Tutup api dan hidangkan spageti bolognese goreng ketika masih panas.
Sumber: Nur Masri
Baca juga: Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

