resepi sotong goreng

Buat peminat makanan laut dan suka rasa lemak masin yang kaya di lidah, resepi Sotong Goreng Bawang Putih Telur Masin ini memang pilihan tepat untuk dicuba di rumah.

Gabungan aroma bawang putih yang wangi, sotong yang lembut kenyal, ditambah dengan telur masin yang hancur lemak berkrim, memang sedap sungguh. Sekali cuba, pasti nak lagi.

Perkongsian resepi Sotong Goreng Bawang Putih Telur Masin oleh Rajeswarhy Murugan  di Facebook kelihatan cukup menyelerakan sampaikan ramai teringin. Jom kita cuba!

Baca juga: Sotong Goreng Lada Hitam Paling Padu, Makan Dengan Nasi Panas Lagi Terangkat!

RESEPI SOTONG GORENG BAWANG PUTIH TELUR MASIN

resepi sotong goreng

Bahan perap:

  • 300 hingga 350g sotong
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil halia dan pes bawang putih
  • ½ sudu kecil lada putih
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Garam secukup rasa

*Perap dan simpan dalam peti sejuk selama 15 hingga 30min

Salutan:

  • 1 cawan tepung goreng (jenama Bestari)

*Salutkan sotong dengan tepung dan letak dalam pinggan.
*Dalam kuali, tuang minyak secukupnya dan goreng sotong hingga rangup dan ketepikan.

Bahan-bahan untuk tumis:

  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 4 biji cili api merah (dihiris)
  • 1 paket pes kuning telur masin segera (120g)
  • 2 hingga 3 helai daun kari
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil minyak

Cara-cara memasak:

1. Dalam kuali, masukkan minyak bersama mentega. Biarkan mentega cair.

2. Masukkan bawang putih tumis seminit. Kemudian masukkan daun kari dan cili api.

3. Tumis sampai naik wangi.

4. Masukkan pes telur masin. Tumis hingga berbuih dengan api sederhana.

5.masukkan sotong goreng dan kacau sebati. Siap untuk dihidang!

Lauk ini boleh dijadikan sebagai menu makan tengah hari, malam atau apabila teringin nak layan makanan sedap bersama keluarga tersayang di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Rajeswarhy Murugan

Baca juga: Sotong Goreng Tepung Rangup Anti Tanggal, Wajib Gaul Dalam Dua Tepung ‘Ini’

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN