Tiada idea nak masak apa menggunakan sotong? Apa kata jom cuba resepi sotong masak serai yang mudah dan sedap ini.
Peminat masakan pedas wajib cuba memasaknya sebab pasti akan kena dengan selera anda. Namun begitu, tahap kepedasan boleh diubah suai jika anda bukan penggemar pedas.
Jika ada yang mahu mencuba, mari ikuti resipi lengkap perkongsian oleh Azie Khamis di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Sambal Sotong Mudah & Lazat, Hilangkan Bau Hanyir Dengan ‘Teknik’ Ini
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara memasak:
1. Masak sotong sekejap tanpa minyak untuk matikan air. Airnya jangan dibuang. Angkat sotong ke dalam pinggan.
2. Kemudian, gaulkan sotong dengan kunyit. Ketepikan.
3. Tumis serai dan bahan-bahan kisar. Apabila sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa, air sotong dan sos tiram. Masak sehingga pecah minyak sekali lagi.
4. Perasakan dengan garam. Masukkan bawang besar yang sudah dihiris berserta daun limau purut dan sotong.
5. Gaul sebati dan masak seketika. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Azie Khamis
Baca juga: Resipi Sotong Goreng Kunyit Ringkas Tapi Sedap, Ini Petua Elak Jadi Kecut
Resipi kek coklat moist kukus ini sememangnya sangat lembut dan gebu. Rasa kek yang lembut…
Jom cuba resepi sup ayam Thai ini! Rasa sup yang masam-masam pedas, hanya sup siam…
Bosan asyik makan nasi untuk makan tengah hari? Apa kata cuba resepi lasagna daging yang…
Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…
Susah nak jumpa peniaga yang jual Kek Pisang Karamel di luar kerana ia merupakan antara…
Resipi strawberry cheesecake ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti…