Resepi sotong goreng kunyit ini merupakan menu yang paling mudah, ringkas dan cepat disediakan.
Lauk ini sesuai untuk mereka yang kesuntukan masa kerana sibuk bekerja dan banyak urusan lain yang perlu dikendalikan.
Bertambah sedap jika dimakan dengan nasi panas, ulam-ulaman dan juga sambal belacan.
Jom MyResipi kongsikan cara memasak sotong goreng kunyit yang sedap di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Hanya Guna Asam Keping, Elak Sotong Jadi Kecut & Hanyir Bila Dimasak
Resipi Sotong Goreng Kunyit
Bahan-bahan:
- 10 ekor sotong
- 10 batang kacang buncis – hiris
- 1/2 biji lobak merah – hiris
- 1 biji cili merah – hiris
- 1 biji cili hijau – hiris
- 1 biji tomato – hiris
Bahan-bahan tumis:
- 5 ulas bawang putih – tumbuk
- 1 biji bawang holland – hiris
- 1 sudu serbuk kunyit
Cara memasak:
1. Bersihkan sotong dan potong mengikut saiz yang anda sukai. Kemudian perah sedikit asam limau atau lemon serta sedikit cuka. Perapkan seketika di dalam air supaya sotong tidak kecut semasa dimasak nanti.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, masukkan serbuk kunyit dan kacau rata.
3. Kemudian masukkan cili merah dan cili hijau yang sudah dihiris serta masukkan juga sotong tadi.
4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Kacau rata.
5. Masukkan lobak merah, kacang buncis dan bawang holland. Jika suka berkuah, masukkan sedikit air. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi dan gambar: Azizah Daud
Baca juga: Rupanya Ini Rahsia Sotong Goreng Tepung Jadi Lebih Rangup & Tak Hancur