Categories: Resipi

Jom Buat Sendiri Sosej Jumbo, Tak Elok Asyik Makan Yang Beli… Tinggi Kandungan Garam!

Jom cuba resepi sosej jumbo homemade ini di rumah. Buat sendiri lebih terjamin dari segi kebersihan serta bebas bahan pengawet yang berbahaya. Nak bagi anak makan hari-hari pun tak perlu risau dah.

Jika ada yang mahu mencuba, mari ikuti resipi lengkap perkongsian oleh Puan Tsu Feh Sufiah di bawah. Buat banyak terus untuk stok frozen, boleh goreng pada bila-bila masa.

RESEPI SOSEJ JUMBO HOMEMADE

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 atau 4 keping dada ayam dalam 200gm setiap satu
  • 2 biji telur
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 sudu tepung ubi
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit serbuk oregano
  • Sayur pilihan anda
  • Sedikit lada hitam (jika suka)
  • Daun ketumbar (jika suka)
  • Serbuk cili (jika suka)

Cara-cara penyediaan:

1. Masukkan semua bahan ke dalam food processor. Kisar sehingga hancur.

2. Kaup semua bahan yang sudah dikisar ke dalam piping bag. Paipkan ke dalam plastik aiskrim Malaysia.

3. Ikat plastik dengan kemas dan bekukan sehingga keras.

4. Apabila sudah keras, buang plastik dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 15 minit.

5. Selepas kukus, masak pula dalam air fryer selama 15 minit pada suhu 170°C atau mengikut tahap kegaringan yang disukai. Selamat mencuba!

Kredit resipi: Tsu Feh Sufiah

Baca juga: Resipi Sosej Masak Sos Kegemaran Anak-Anak, Campak-Campak Siap!

Wan N

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

22 hours ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

23 hours ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

23 hours ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

23 hours ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

1 day ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

1 day ago