Peminat pencuci mulut pasti suka jika dapat tahu adanya resepi Som Som Sagu yang sedap dan boleh dibuat sendiri di rumah.
Selain dibuat sebagai pencuci mulut untuk kenduri atau jamuan, ramai peniaga makanan yang menjadikan Som Som Sagu sebagai bahan jualan.
Bukan setakat sedap, malah resepi Som Som Sagu yang dikongsikan oleh Mas Cotek di Facebook ini cukup ringkas caranya. Jom cuba!
Baca juga: Bubur Jagung Sagu, Elak Langkah Ini Supaya Rasa Aslinya Tak Hilang
RESEPI SOM SOM SAGU
Bahan-bahan sagu:
- 1 cawan sagu
- 3 cawan air
- 2 helai daun pandan
- Sedikit pewarna hijau
Cara-cara penyediaan sagu:
1. Masak air bersama daun pandan sehingga mendidih atau masukkan pewarna hijau.
2. Keluarkan daun pandan dan masukkan sagu, kemudian kacau sehingga pekat jika sagu masih bermata ikan.
3. Tuang sagu ke dalam bekas kecil dan kukus selama 15 minit sehingga sagu jernih, kemudian sejukkan.
*Boleh juga kacau sehingga jernih tanpa perlu dikukus. Saya kukus sebab tak nak lembik sangat.
Bahan-bahan som som:
- ½ cawan tepung beras
- 4 cawan santan
- Garam secukup rasa
Cara-cara penyediaan som som:
1. Satukan semua bahan dalam periuk dan sebatikan.
2. Masak sehingga pekat dan meletup-letup dengan api dapur sederhana. Jangan lupa sentiasa kacau untuk mengelakkan berketul.
3. Tuang adunan ke atas sagu yang telah dibuat dalam bekas kecil tadi, kemudian sejukkan.
Bahan-bahan air gula:
- 1½ cawan air
- 4 keping gula kerek atau gula Melaka (boleh guna gula merah)
- ¼ cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan (disimpul)
Cara-cara penyediaan air gula:
1. Satukan semua bahan dalam periuk, kemudian masak dengan api dapur sederhana hingga mendidih
2. Tapis dan sejukkan. Siap untuk digunakan!
Resepi Som Som Sagu ini sangat enak dinikmati sejuk-sejuk, jadi anda disarankan untuk letak dulu di dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum memakannya.
Selamat mencuba!
Sumber: Mas Cotek
Baca juga: Resepi Som Som Sagu Gula Melaka, Lembut Bergedik Dan Cukup Manis