Categories: Informasi

Resipi Singgang Sotong Ringkas Tapi Padu, Kena Buat Cara Ini Baru Lembut & Tak Liat!

Kalau anda suka lauk yang simple tapi tetap menyelerakan, bolehlah cuba resepi singgang sotong ini. Cara memasaknya sangat ringkas dan tak perlu guna banyak bahan, tapi rasa dia memang padu. Kuah singgang yang masam-masam segar ini buat sotong jadi lebih sedap dan tak hanyir.

Menu ini juga sesuai dijadikan lauk utama makan tengah hari atau malam, cicah pula dengan sambal belacan dan nasi panas. Memang bertambah-tambah makan. Yang penting, sotong kena masak sekejap saja supaya teksturnya lembut dan tak liat!

Baca juga: Resipi Paprik Sotong Sedap, Masak Ikut Cara Ini Confirm Tak Order Dekat Kedai Dah!

RESEPI SINGGANG SOTONG

Bahan-bahan:

  • Sotong jarum secukupnya
  • Serai (dititik)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Asam keping
  • Lada (cili padi atau lada besar, ikut selera)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa (jika suka)

Cara memasak:

  1. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai dan asam keping ke dalam periuk bersama air.
  2. Kalau nak lebih sedap, boleh lebihkan bawang putih dan asam keping supaya kuah singgang jadi wangi dan sotong tak hanyir.
  3. Didihkan air hingga semua bahan sebati. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa.
  4. Akhir sekali, masukkan sotong dan lada. Masak sekejap sahaja supaya sotong kekal lembut.
  5. Tutup api dan sedia dihidang panas-panas bersama nasi.

Sumber: E’llyna Leya

Baca juga: Resepi Sambal Tumis Sotong, Ada Rahsia Warna Lebih Cantik & Tahan Lama!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

6 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

6 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

7 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

7 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

7 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

11 hours ago