resepi sambal tumis sotong

Jika anda peminat makanan laut, resepi Sambal Tumis Sotong ini wajib anda cuba. Bukan sekadar lauk harian biasa, tapi boleh jadi menu istimewa yang membuka selera seisi keluarga.

Sambal Tumis Sotong ini mempunyai rasa pedas manisnya yang seimbang, ditambah dengan kuah yang pekat dan berkilat, memang sesuai dimakan bersama nasi putih panas.

Perkongsian video resepi Sambal Tumis Sotong yang dikongsikan oleh rosehayatie_kitchen di Instagram ini nampak begitu menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: 5 Petua Sotong Tak Liat & Kecut Bila Masak, Ramai Tak Tahu Tips No. 3 Paling Berkesan!

RESEPI SAMBAL TUMIS SOTONG

resepi sambal tumis sotong

Bahan utama:

  • Sotong segar (dibersihkan, buang kulit nipis dan mata)
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat)

Bahan tumis (dikisar):

Perasa:

  • Sedikit pes asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit kicap manis (untuk cantikkan warna sambal)

Cara-cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar (bawang merah, bawang putih, cili kisar) hingga betul-betul garing dan naik bau.Proses ini penting untuk hilangkan bau mentah dan menjadikan sambal lebih tahan lama.

2. Setelah cili masak dan naik minyak, masukkan pes asam jawa. Kacau rata.

3. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Jika suka sambal manis sedikit, boleh lebihkan sedikit gula.

4. Masukkan juga sedikit kicap manis untuk warna yang lebih cantik dan rasa yang seimbang.

5. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar dan sotong yang telah dibersihkan. Gaul rata, dan biarkan sotong masak sekejap sahaja (jangan terlalu lama supaya tidak liat).

Selamat mencuba!

Sumber: rosehayatie_kitchen

Baca juga: Sambal Sotong Cumi Kering, Punyalah Sedap Sampai Adik Suruh ‘Repeat’ Lagi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN