Categories: Resepi

Resepi ‘Simple’ Red Velvet Oreo Cheese, Guna Sukatan Cawan Je!

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-14 06:19:34

Kek Red Velvet sememangnya merupakan kegemaran ramai, tak hairanlah kalau pergi Secret Recipe pasti kek ini sudah habis terjual. Mulalah rasa kecewa tak tak dapat favourite kek! Betul tak? Ha, apa kata korang cuba buat sendiri di rumah. Kali ini kami bawakan resipi Red Velvet Oreo Cheesecake yang dikongsikan oleh Rosmaliza Omar menerusi Facebook. Sedapnyaaa, mudah pun mudah. Jom cuba!


Kredit: Rosmaliza Omar

Bahan-bahan Base:

  • 2 bungkus biskut oreo yang telah dikisar (dibuang krimnya)
  • ¼ cawan butter (dicairkan)

Cara-carannya:

  1. Gaulkan oreo yang telah dikisar tadi dengan butter cair sehingga rata.
  2. Kemudian, tekan padat-padat dalam loyang bulat bersaiz 8 inci yang telah gris dan dialas dengan baking paper.


    Kredit: Rosmaliza Omar
  3. Bakar selama 15 minit pada suhu 160 darjah Celsius. Setelah cukup masak, keluarkan dan biarkan seketika.

Bahan-bahan kek:

  • 500g cream cheese
  • ½ cawan gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan yogurt perisa asli
  • 2 biji telur gred A
  • 15 keping oreo dipatah empat


    Kredit: Rosmaliza Omar

Cara-caranya:

  1. Campurkan cream cheese, gula dan esen vanila dan andunkan. masukkan natural yogurt dan terus mengadun hingga semua bahan sebati dan rata.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, dan teruskan mengadun. Kemudian masukkan oreo yang telah dipatah empat, kaup balikkan dengan spatula sehingga rata.


    Kredit: Rosmaliza Omar
  3. Selepas itu, bakar secara ‘steam-bake’ selama 45-50 minit pada suhu 150 darjah Celsius.


    Kredit: Rosmaliza Omar
  4. Apabila sudah cukup masak, renggangkan sedikit pintu ketuhar dan biarkan dalam 5 minit. Kemudian, keluarkan kek dan sejukkan selama 4 jam atau semalaman.
  5. Hiaskan red velvet oreo cheese cake mengikut kreativiti masing-masing.


    Kredit: Rosmaliza Omar

Siap! Mudah saja kan? Selamat mencuba di rumah!


Kredit: Rosmaliza Omar

myresipi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago