Categories: Resipi

Resipi Siakap Stim Limau Kuah Lemak, Lauk Ini Tak Boleh Makan Sikit… Confirm Bertambah Nasi!

Kalau selalu masak resepi siakap stim, kali ini boleh cuba pula versi kuah lemak yang cukup beraroma. Ikan siakap dikukus bersama serai, halia, akar ketumbar dan hirisan limau sebelum disiram dengan kuah santan yang lemak, masam dan cukup menyelerakan.

Menu ini memang sesuai sangat untuk hidangan seisi keluarga, terutama kalau anak-anak memang suka makan ikan. Kuahnya yang lemak dan ada rasa masam limau membuatkan selera terus terbuka. Makan pula dengan nasi putih panas dan telur dadar, memang susah nak berhenti!

Tak perlu bahan yang terlalu banyak atau cara memasak yang rumit. Ikan hanya perlu dikukus sehingga masak, manakala kuah lemak dimasak berasingan sebelum dituangkan ke atas ikan. Kalau suka rasa masam yang lebih kuat, boleh tambah lagi perahan limau mengikut selera.

Baca juga: Resipi Asam Pedas Ikan Siakap Ala Nyonya, Kuah Pekat Makan Dengan Nasi Panas… Memang Tak Toleh Kiri Kanan!

RESEPI SIAKAP STIM LIMAU KUAH LEMAK

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 kotak santan
  • 2 batang serai
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • Sedikit daun dan akar ketumbar
  • 1 biji limau
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Kicap sotong secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan ikan siakap dan kelar sedikit bahagian badannya supaya bahan perapan dan aroma lebih mudah meresap.
  2. Letakkan ikan di dalam bekas tahan kukus. Susun serai, hirisan halia, akar ketumbar dan hirisan limau di atas serta sekeliling ikan.
  3. Kukus ikan selama 15 hingga 20 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.
  4. Sementara ikan dikukus, sediakan kuah lemak. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, serai serta akar ketumbar sehingga layu dan naik bau.
  5. Masukkan santan dan kacau perlahan supaya santan tidak pecah. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat atau mahu lebih banyak kuah.
  6. Perasakan dengan garam dan sedikit kicap sotong. Kemudian perahkan jus limau mengikut cita rasa.
  7. Laraskan rasa supaya kuah mempunyai gabungan lemak, masin dan masam yang seimbang.
  8. Akhir sekali, masukkan sedikit akar ketumbar dan kacau seketika.
  9. Setelah ikan masak, keluarkan dari pengukus dan tuangkan kuah lemak yang telah disediakan di atas ikan.
  10. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan lauk sampingan seperti telur dadar. Memang ngam!

Sumber: Fikri Azhar

Baca juga: Resipi Ikan Dori Goreng Rangup Guna 3 Bahan, Tak Perlu Bancuhan Tepung Rumit

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

3 days ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

3 days ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

3 days ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

3 days ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

3 days ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

3 days ago