Resepi sekaya telur ini merupakan salah satu kuih yang mudah untuk dicuba. Ia juga merupakan salah satu kuih tradisional orang pantai timur yang masih digemari ramai sehingga sekarang.
Namun begitu, tidak ramai yang menjual kuih ini terutamanya di Lembah Klang. Kalau ada pun hanya di bazar Ramadan ketika bulan puasa saja.
Kalau ada yang teringin nak makan kuih kegemaran orang pantai timur ni, apa kata kita cuba buat sendiri di rumah. Jom lihat resipi lengkap di bawah.
Baca juga: Tip & Teknik Buat Martabak Daging Cara Orang Lama, Inti Juicy & Padat!
RESEPI SEKAYA TELUR TERENGGANU
Bahan-bahan:
– Telur gred B 6 biji + telur itik 4 biji
– Nisan 1/2 kerek besar
– Gula merah 5 sudu besar
– Daun pandan 3 helai
– Santan Kara 2 kotak kecil
– Garam 1 1/2 sudu kecil
– Esen vanilla 2 sudu kecil
– Air 300 ml
Cara-cara:
1. Cairkan nisan kerek dan gula melaka bersama air serta daun pandan. Apabila sudah cair, ketepikan dan biarkan ia sejuk.
2. Pukul telur jangan terlalu kuat, cukup hinnga telur sedikit kembang.
3. Kemudian, masukkan santan kotak dan juga garam. Kacau lagi hingga sebati.
4. Seterusnya, tuangkan campukan air gula yang dicairkan dan disejukkan tadi ke dalam telur.
5. Pukul seketika tapi jangan terlalu lama, nanti tidak menjadi lubangnya.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Racik atau potong kecil nisan kerek untuk diletakkan ke dalam adunan sekaya sebelum dikukus.
7. Selepas itu, kukus selama 40 minit bergantung kepada kukusan masing-masing.
8. Bila dah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Facebook Muliadi Ramli via Masakan Terengganu
Baca juga: Resipi Thai Red Ruby Dessert, Antara Pencuci Mulut Viral Dan Sedap!