Categories: Resipi

Cara Buat Scone Homemade Guna Tepung Kek, Rangup Di Luar & Gebu Di Dalam!

Resepi scone merupakan antara pilihan menarik yang boleh disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang. Hidangan pastri ini mempunyai tekstur yang sedikit rangup di bahagian luar tetapi lembut dan gebu di bahagian dalam. Lebih enak apabila dinikmati bersama krim dan jem buah kegemaran.

Menariknya, scone boleh dibuat sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan asas yang mudah didapati. Cara penyediaannya juga tidak rumit dan tidak memerlukan banyak peralatan.

Resipi ini juga sesuai untuk ibu yang ingin menyediakan sarapan lebih menarik buat anak-anak. Scone yang siap dibakar boleh dipotong dan disapu dengan krim serta jem sebagai pelengkap. Bukan sahaja sesuai untuk sarapan, malah boleh dijadikan snek petang atau bekalan makanan anak ke sekolah. Boleh juga buat lebih awal supaya tidak perlu tergesa-gesa menyediakan sarapan pada keesokan pagi.

Baca juga: Biskut Red Pearl Pernah Dijual RM22 Sebalang, Ini Resipi Legend Yang Mudah Dibuat!

RESEPI SCONE MUDAH DAN SEDAP

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung kek (boleh guna tepung naik sendiri)
  • 3 sudu besar gula putih
  • Secubit garam
  • 50g mentega (dipotong kiub)
  • 1 cawan susu
  • Telur (untuk sapuan egg wash)

Cara penyediaan:

  1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata menggunakan spatula.
  2. Masukkan mentega yang telah dipotong kiub. Ramas menggunakan tangan sehingga adunan menjadi halus dan bertekstur seperti serbuk roti.
  3. Tuangkan susu sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan spatula sehingga adunan sebati.
  4. Bentukkan doh mengikut saiz dan bentuk yang disukai. Susun di atas dulang pembakar dan sapukan sedikit telur di bahagian atas.
  5. Bakar pada suhu 180°C selama 15–18 minit atau sehingga scone masak dan berwarna keemasan.

Sumber: Threads @atksmh

Baca juga: Puding Batik Biskut Marie Berlapis Coklat, Buat Malam Ini Esok Pagi Dah Boleh Makan!

Izzati

Recent Posts

Jangan Guna Gula Biasa Sahaja, Ini Petua Buat Agar-Agar Lebih Cantik Dan Tidak Berair!

Kalau suka makan agar-agar yang lembut, cantik dan mempunyai lapisan warna berbeza, boleh cuba resepi…

6 minutes ago

Resipi Nasi Briyani Ayam Lengkap ‘Acar’ Istimewa, Sekali Buka Tudung Periuk…Harum Satu Dapur!

Resepi nasi briyani ayam mungkin nampak agak rumit untuk disediakan kerana mempunyai beberapa lapisan dan…

6 hours ago

Cara Buat Kentang Wedges Guna Air Fryer, Lengkap Dengan Sos Yogurt Homemade!

Cara buat kentang wedges menggunakan air fryer sesuai dicuba bagi mereka yang ingin menyediakan snek…

6 hours ago

Jangan Terus Goreng Ikan! Cuba Rebus Dengan 5 Bahan Ini Dulu, Memang Beza Rasanya

Pernah cuba rebus ikan terlebih dahulu sebelum menggorengnya? Rupanya, ada cara tersendiri untuk menyediakan ikan…

6 hours ago

Resipi Kuih Seri Muka Gula Merah, Ini RAHSIA Buat Lapisan Permukaan Cantik & Lemak

Kuih seri muka antara kuih tradisional yang cukup digemari ramai. Gabungan pulut yang lemak bersantan…

6 hours ago

Resipi Chicken Tenders Homemade, Rangup Di Luar & Lembut Berjus Di Dalam!

Resepi chicken tenders ini sesuai dicuba apabila terasa lapar di lewat malam, tetapi malas untuk…

23 hours ago