Resepi scone merupakan antara pilihan menarik yang boleh disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang. Hidangan pastri ini mempunyai tekstur yang sedikit rangup di bahagian luar tetapi lembut dan gebu di bahagian dalam. Lebih enak apabila dinikmati bersama krim dan jem buah kegemaran.
Menariknya, scone boleh dibuat sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan asas yang mudah didapati. Cara penyediaannya juga tidak rumit dan tidak memerlukan banyak peralatan.
Resipi ini juga sesuai untuk ibu yang ingin menyediakan sarapan lebih menarik buat anak-anak. Scone yang siap dibakar boleh dipotong dan disapu dengan krim serta jem sebagai pelengkap. Bukan sahaja sesuai untuk sarapan, malah boleh dijadikan snek petang atau bekalan makanan anak ke sekolah. Boleh juga buat lebih awal supaya tidak perlu tergesa-gesa menyediakan sarapan pada keesokan pagi.
Baca juga: Biskut Red Pearl Pernah Dijual RM22 Sebalang, Ini Resipi Legend Yang Mudah Dibuat!
RESEPI SCONE MUDAH DAN SEDAP

Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung kek (boleh guna tepung naik sendiri)
- 3 sudu besar gula putih
- Secubit garam
- 50g mentega (dipotong kiub)
- 1 cawan susu
- Telur (untuk sapuan egg wash)
Cara penyediaan:
- Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata menggunakan spatula.
- Masukkan mentega yang telah dipotong kiub. Ramas menggunakan tangan sehingga adunan menjadi halus dan bertekstur seperti serbuk roti.
- Tuangkan susu sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan spatula sehingga adunan sebati.
- Bentukkan doh mengikut saiz dan bentuk yang disukai. Susun di atas dulang pembakar dan sapukan sedikit telur di bahagian atas.
- Bakar pada suhu 180°C selama 15–18 minit atau sehingga scone masak dan berwarna keemasan.
Sumber: Threads @atksmh
Baca juga: Puding Batik Biskut Marie Berlapis Coklat, Buat Malam Ini Esok Pagi Dah Boleh Makan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

