kubis goreng

Resipi kubis goreng ini antara menu wajib masa kecil dulu. Bila balik sekolah, lauk ini memang selalu terhidang atas meja. Simple tapi memang lain macam kenangan dia.

Kubis goreng mungkin nampak biasa, tapi inilah lauk legend yang penuh nostalgia. Sampai sekarang bila masak hidangan ini, terus teringat suasana makan berebut dengan adik-beradik dulu.

Baca juga: Resipi Bayam Merah Goreng Belacan, Masak Cara Ini Supaya Sayur Tak Layu & Warna Cantik!

RESIPI SAYUR KUBIS GORENG LEGEND

kubis goreng

Bahan-bahan:

  • Kubis
  • Fish cake
  • Telur (asing, buat sambal blado)
  • Lobak merah
  • Ikan bilis
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Lada merah besar
  • Lada hijau besar
  • Garam secukup rasa

Cara memasak:

  1. Kisar bawang putih dan bawang merah sekejap, jangan terlalu halus supaya ada sedikit tekstur.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar sampai naik bau dan sedikit garing.
  3. Masukkan ikan bilis, kacau rata hingga keperangan.
  4. Seterusnya, masukkan fish cake dan lobak merah. Gaul sekejap supaya bahan serasi dengan tumisan.
  5. Masukkan kubis bersama hirisan lada merah dan hijau besar. Kacau sebati.
  6. Perasakan dengan garam secukupnya, kemudian kacau hingga kubis sedikit layu tetapi masih kekal rangup.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Sumber: Roha Adrinna

Baca juga: Resipi Terung Berlada Style Kampung, Orang Tak Suka Sayur Pun Boleh Jatuh Cinta!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN