sambal tumis telur

Tengah bulan biasanya semua orang dah mula berjimat, kan? Tapi jangan risau, walaupun bajet ketat anda tetap boleh makan sedap kalau cuba resipi sambal tumis telur pecah ini.

Sambal tumis yang pedas manis digabung dengan telur pecah yang lembut memang padu dimakan dengan nasi panas. Ditambah pula ikan bilis goreng rangup, confirm lauk simple ini cepat licin atas meja.

Yang penting, teknik masaknya kena betul supaya telur tak hancur. Bila ikut cara yang betul, hasilnya cantik berderai dan sambal pun rasa lebih umph! Memang sesuai dijadikan lauk jimat tengah bulan atau menu ringkas bila nak cepat.

Baca juga: Rahsia Telur Rebus Licin Sempurna, Ikut Petua Ini Barulah Senang Nak Kupas!

RESEPI SAMBAL TUMIS TELUR PECAH DENGAN IKAN BILIS RANGUP

sambal tumis telur

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur ayam
  • 1 mangkuk kecil sambal tumis (ikut cita rasa pedas masing-masing)
  • Sedikit air
  • Segenggam ikan bilis (digoreng garing)
  • Minyak untuk menumis

Cara memasak:

  1. Masak sambal tumis sehingga naik minyak dan garing secukup rasa.
  2. Masukkan sedikit air supaya sambal menjadi agak cair.
  3. Kecilkan api. Pecahkan telur satu persatu ke dalam sambal.
  4. Jangan kacau, tutup kuali sehingga telur masak separa (masih lembut atau “gedik-gedik”).
  5. Tutup api dan biarkan sambal sejuk seketika.
  6. Akhir sekali, masukkan ikan bilis goreng dan gaul perlahan.
  7. Sambal tumis telur pecah bersulam ikan bilis ini memang mudah dibuat, tapi rasanya sangat menyelerakan!

Sumber: Dapur Kak Chik

Baca juga: Resipi Telur Sos Pedas, Masak Guna Bahan Ringkas Tapi Boleh Buat Bertambah Nasi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN