Categories: Resipi

Sambal Totok Jawa Dengan Petai Rangup, Menu Bahaya Sebab Boleh Bertambah Nasi!

Jom MyResipi kongsikan resepi sambal totok jawa yang ringkas tapi cukup sedap.

Ada satu lauk ini pun dah cukup nikmat. Makan pula dengan nasi panas-panas. Tak perlu lauk lain dah!

Kalau ada yang nak cuba, anda boleh buat banyak terus ya! Buat lebih sebagai stok dan simpan dalam peti ais. Bila-bila terasa nak makan, tinggal cedok saja.

Ikuti saja resipi lengkap perkongsian oleh Rafiza Idayu di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng, Boleh Buat Stok Banyak Terus!

RESEPI SAMBAL TOTOK JAWA DENGAN PETAI RANGUP

Bahan bahan:

Cara memasak:

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat ke dalam mangkuk dan ketepikan seketika.

2. Kemudian, goreng cili dan bawang sehingga kedua-dua bahan ini menjadi sedikit layu.

3. Seterusnya, tumbuk cili dan bawang sehingga kedua-dua bahan ini menjadi lumat. Kemudian, masukkan ikan bilis yang sudsh digoreng garing tadi. Tumbuk lagi semuanya sebati.

4. Akhir sekali, masukkan petai dan gaul semuanya sehingga rata.

5. Siap dimakan bersama nasi panas-panas. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Rafiza Idayu

Baca juga: Sambal Ketuk Ikan Bilis Yang Sedap, Pedas Dia Memang Tak Boleh Bawa Bincang

Wan N

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

2 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

2 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

3 days ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

3 days ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

3 days ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

3 days ago