resepi sambal tomato

Resepi sambal tomato ikan bilis goreng ini sangat sedap tau! Bukan saja sesuai dimakan dengan nasi, malah sesuai juga dimakan dengan pulut dan lontong.

Boleh buat banyak terus dan simpan dalam peti ais. Bila-bila nak makan, tinggal cedok saja ke dalam mangkuk dan panaskan guna microwave.

Kalau ada yang nak cuba buat, ikut saja resipi di bawah. Anda boleh ubah kuantiti bahan mengikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba!

Baca juga: Jom Buat Stok Sambal Penyet Untuk Ramadan, Makan Dengan Lauk Apa Pun Sedap

RESEPI SAMBAL TOMATO IKAN BILIS GORENG

Bahan-bahan:

  • 1/2 mangkuk ikan bilis (mangkuk gulai)
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan gula – boleh ubahsuai ikut selera
  • 1 inci gula melaka
  • Sedikit minyak masak

Bahan tumbuk kasar:

  • 4 biji cili merah – potong kasar
  • 2 biji tomato – belah 8
  • 5 ulas bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih

Cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. Kemudian goreng pula belacan. Angkat.

2. Seterusnya dengan guna minyak yang secukupnya, goreng bahan yang ditumbuk kasar hingga pecah minyak.

3. Seterusnya masukkan ikan bilis dan belacan goreng tadi. Gaul sekejap.

4. Masukkan pula gula melaka dan masak hingga hancur barulah dimasukkan garam serta gula.

5. Rasa sambal dan tambah perasa jika ada kekurangan.

6. Sambal siap untuk dinikmati.

Kredit resipi dan gambar: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Baca juga: Resipi Tempe Goreng Berempah Rangup, Cicah Sambal Kicap Memang Wow!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN