Categories: Resipi

Resepi Sambal Kicap Simple Ini Jadi Lebih Sedap, Rupanya Ramai Tak Letak Bahan ‘Ini’!

Ramai yang membesar dengan resepi sambal kicap simple menggunakan bawang putih, cili padi dan kicap sahaja. Ada yang menambah sedikit perahan limau kasturi untuk memberikan rasa segar dan masam yang seimbang.

Namun, seorang pengguna Facebook berkongsi pengalaman menarik selepas menikmati bihun sup di rumah saudaranya ketika Hari Raya Haji. Sambal kicap yang dihidangkan terasa lebih sedap daripada biasa sehingga membuatkan beliau bertanya sendiri rahsia di sebalik keenakan tersebut. Rupa-rupanya, ada satu bahan tambahan yang ramai tidak sangka mampu mengubah rasa sambal kicap menjadi lebih padu, iaitu bawang goreng.

Baca juga: Resepi Sambal Belacan Mudah Tanpa Cuka dan Gula, Rupanya Ini Rahsia Rasa Lagi Padu Sedap!

RESEPI SAMBAL KICAP SIMPLE

Penambahan bawang goreng menjadikan sambal kicap lebih wangi, lebih berlemak dan mempunyai rasa umami yang membuatkan setiap cicahan terasa lebih sedap. Sesuai dinikmati bersama pisang goreng, tempe goreng, sukun goreng mahupun bihun sup.

Bahan-bahan:

Cara-cara Penyediaan:

1. Tumbuk cili padi dan bawang putih sehingga lumat.

2. Masukkan bawang goreng dan tumbuk sehingga sebati.

3. Tuangkan kicap lemak manis ke dalam bahan yang telah ditumbuk.

4. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa.

5. Gaul sehingga semua bahan sebati.

6. Sedia untuk dihidangkan bersama aneka gorengan atau hidangan berkuah.

Tips Buat Sambal Kicap Lebih Sedap:

  • Gunakan bawang goreng yang baru digoreng atau masih rangup untuk aroma yang lebih kuat.
  • Campurkan cili padi merah dan hijau supaya warna sambal lebih menarik.
  • Pilih kicap lemak manis untuk rasa yang lebih seimbang dan tidak terlalu masin.
  • Tambahkan sedikit minyak daripada bawang goreng untuk menaikkan lagi aroma sambal.
  • Perah limau kasturi sejurus sebelum dihidangkan bagi mengekalkan kesegaran rasanya.
  • Jika suka rasa lebih berlemak, boleh tambah sedikit bawang merah goreng bersama bawang putih.
  • Untuk rasa lebih pedas, tambah bilangan cili padi mengikut tahap kepedasan yang diingini.

Selamat mencuba!

Sumber: Azief Wawa

Baca juga: Sambal Bangkok Pedas Manis, Resipi Asli Untuk Nasi, Ayam Goreng, Ikan Bakar Dan Mi Goreng

Aimi

Recent Posts

Resipi Ayam Kukus Halia, Cara Masaknya Mudah Tapi Rasa Memang Luar Biasa!

Kalau bosan asyik masak ayam goreng atau ayam masak kicap, apa kata cuba resipi ayam…

54 minutes ago

Resepi Masak Lada Melaka, Kuah Pekat Berempah Letak Kerisik Memang Sedap Menjilat Jari!

Kalau sebut tentang masakan tradisional Melaka, masak lada antara lauk yang cukup terkenal dan digemari…

1 hour ago

Resipi Kuih Dorayaki Lembut & Gebu, Boleh Letak Aneka Inti Disukai… Bukan Hanya Kacang Merah!

Resepi dorayaki ini memang sesuai dicuba kalau suka kuih yang lembut, gebu dan mempunyai inti…

2 hours ago

Cara Buat Apam Pisang Kukus Supaya Jadi Lembut, Gebu Dan Kembang Cantik!

Apam pisang kukus antara kuih yang boleh disediakan menggunakan pisang berangan yang sudah cukup masak.…

3 hours ago

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

3 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

3 days ago