resepi sambal jantan

Buat anda yang lahir di negeri Kelantan pasti pernah dengar tentang resepi Sambal Jantan yang dikatakan sangat padu dan sedap sampaikan ramai teringin tahu cara membuatnya.

Sambal Jantan sangat popular di negeri Kelantan dan biasanya ia dimakan bersama nasi bungkus. Jika anda tanya kepada orang Kelantan, mesti mereka tahu punyalah.

Ramai yang tertanya-tanya kenapa ia dipanggil Sambal Jantan. Sebenarnya, ia mendapat gelarannya sebegitu kerana sambal ini tak menggunakan belacan untuk membuatnya.

Orang Malaysia memang tak lari daripada rasa pedas yang menyengat dan Sambal Jantan adalah pilihan terbaik untuk dinikmati. Jadi, tak hairanlah ramai yang mencari resepinya.

Kali ini, kami akan kongsikan resepi Sambal Jantan yang power dan dibuat oleh Afy AL Habibi di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Sambal Pucuk Ubi Rangup, Nak Hasil Elok Dan Tak Serap Minyak Guna Tips Ini

RESEPI SAMBAL JANTAN

resepi sambal jantan

Bahan-bahan:

  • 2 genggam cili padi merah
  • 2 sudu besar gula
  • ¾ sudu kecil garam (atau masukkan sedikit demi sedikit)
  • ½ cuka dari sukatan cili dalam mesin pengisar

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan cili padi merah dan gula ke dalam mesin pengisar.

2. Kemudian, masukkan garam sedikit demi sedikit, agak-agak secukup rasa saja.

3. Selepas itu, masukkan cuka mengikut sukatan cili dalam mesin pengisar. Jika alah dengan cuka, boleh tambah sedikit air.

4. Akhir sekali, kisar semua bahan sehingga lumat. Siap untuk digunakan!

resepi sambal jantan

Semasa membuat resepi Sambal Jantan ini, anda boleh tambah atau kurangkan kuantiti rasanya mengikut citarasa tersendiri.

Selain dimakan dengan nasi berlauk, anda boleh gunakan Sambal Jantan ini dan gaulkan dengan ayam, daging, sotong, udang dan sebagainya untuk mencipta satu hidangan lauk.

Jangan lupa untuk kongsikan resepi Sambal Jantan ini kepada keluarga dan kawan-kawan yang sukakan sambal. Jika makan dengan nasi berlauk, semakin terangkat selera dibuatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Afy AL Habibi

Baca juga: Sambal Belacan Thai Ekspres, Sepantas 3 Minit Saja Dah Siap Untuk Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN