Tidak hanya ayam yang boleh di-geprekkan, malah ikan bilis pun boleh. Jika ingin mencuba, anda boleh mengikuti resepi sambal ikan bilis geprek di bawah.
Resipi ini merupakan hasil perkongsian oleh Puan Neny Lai Han di laman sosial Facebook. Menurut beliau, menu ini merupakan salah satu kegemaran keluarganya yang sangat lazat dan menyelerakan.
Baca juga: Resipi Rebung Ikan Bilis Goreng Sambal, Menu Simple Tapi Sangat Menyelerakan!
Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan-bahan tumbuk:
Cara memasak:
1. Basuh bersih ikan bilis, toskan dan goreng sehingga garing. Ketepikan seketika.
2. Tumis bahan-bahan tumbuk yang sudah lumat dengan minyak masak secukupnya. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris dan sambung tumis sehingga bawang layu.
4. Perasakan sambal dengan gula, cukup rasa dan renjiskan kicap pedas. Kacau sehingga sebati dan ketepikan seketika.
5. Apabila sambal sudah agak suam, masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi dan gaul sehingga sebati. Jangan masukkan ikan bilis sewaktu sambal masih panas, nanti ikan bilis lemak dan tidak rangup.
6. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Neny Lai Han
Baca juga: Resipi Ikan Bilis Masak Asam Yang Lazat, Ini Petua Agar Tak Liat & Rangup Sampai Petang!
Resipi kek kopi sememangnya antara kek klasik yang digemari ramai. Rasanya yang harum dengan sentuhan…
Sesiapa yang sering memasak di rumah pasti pernah berada dalam situasi santan pecah dan berketul.…
Tengah berehat, tiba-tiba mak mentua telefon bagitahu yang dia on the way ke rumah. Apa…
Nak sediakan hidangan untuk tetamu atau sekali-sekala nak masak sesuatu yang luar biasa untuk keluarga…
Bayangkan bau wangi mentega dari bread butter pudding yang memenuhi ruang rumah anda. Bukan sahaja…
Apabila tekak terasa kering, mulalah mencari pencuci mulut yang sejuk untuk dimakan. Tak perlu ke…