sambal goreng sedap

Stok sambal goreng sedap ini memang wajib ada dalam peti sejuk. Bila nak makan, cedok sedikit dan hanya perlu dipanaskan. Paling sedap dimakan bersama nasi panas, bubur atau roti, memang boleh buat selera makan bertambah.

Resipi ini dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Threads bernama Lyana Hisham. Difahamkan, ia adalah resipi turun-temurun daripada arwah nenek beliau dan masih digunakan hingga ke hari ini.

Baca juga: Resipi Sambal Hijau Ini Memang Padu & Buat Ketagih, Pedas Pun Sedang Elok!

RESEPI SAMBAL GORENG SEDAP

sambal goreng sedap

Bahan-bahan:

  • 2 biji bawang besar saiz sederhana
  • 6 biji cili hijau & 4 biji cili merah
  • Sedikit cili padi merah (kalau nak pedas)
  • Sedikit ikan bilis
  • Sedikit belacan
  • Asam jawa (anggaran ½ saiz telur ayam, perah air dan tos)

Semua bahan di atas kecuali asam jawa dikisar kering sebelum dimasak.

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak dalam 1 senduk. (Minyak kena cukup supaya sambal boleh garing.)
  2. Tumis bahan kisar kering tadi hingga garing dan wangi.
  3. Bila dah garing, masukkan air asam jawa.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Hiriskan bawang besar dan campurkan ke dalam sambal, kemudian tutup api.
  6. Untuk lebihan minyak, anda boleh buang ikut keselesaan sendiri.

Siap! Sambal goreng ini sedap dimakan bersama bubur, nasi panas atau roti. Selamat mencuba!

Sumber: lyana_hisham

Baca juga: Ibu Mentua Ajar Resepi Sambal Jantan Kelantan, Rasa Pedas Masam Yang Cukup Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN