ikan bilis goreng tepung

Ikan bilis biasanya digoreng begitu sahaja, namun versi ikan bilis goreng tepung ini tidak kurang hebatnya. Hasilnya lebih rangup dan sedap.

Jika disimpan dengan betul, ikan bilis boleh kekal rangup dan sesuai dimakan pada bila-bila masa sebagai lauk sampingan. Ratah begitu sahaja pun sudah cukup sedap!

Baca juga: Resipi Kaki Ayam Goreng Tepung Rangup, Ikut Petua Ini Tak Liat Langsung Bila Makan!

RESIPI IKAN BILIS GORENG TEPUNG

ikan bilis goreng tepung

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis yang telah siap dikopek
  • Sedikit tepung ayam segera perisa pedas
  • Sedikit tepung beras atau tepung gandum
  • Air secukupnya

Cara-cara memasak:

  1. Basuh ikan bilis dengan cepat, sekadar sekali lalu sahaja dan jangan rendam terlalu lama supaya ikan bilis tidak menjadi lembik. Toskan air sehingga kering.
  2. Taburkan tepung ayam segera bersama tepung beras atau tepung gandum ke atas ikan bilis. Gaul rata sehingga tepung melekat pada ikan bilis. Jika tepung sukar melekat, renjis sedikit air dan gaul semula sehingga sebati.
  3. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis dalam minyak yang betul-betul panas. Goreng sehingga rangup dan keperangan, kemudian angkat dan toskan minyak.
  4. Biasanya, tepung beras atau tepung gandum dilebihkan berbanding tepung ayam segera bagi mengurangkan rasa terlalu masin. Ikan bilis goreng tepung ini boleh tahan lama jika disimpan dengan betul.
  5. Sedap dimakan bersama nasi panas tanpa lauk lain, malah dimakan begitu sahaja pun sudah cukup menyelerakan.

Sumber: Resepi Pembuka Selera

Baca juga: Resipi Kaki Ayam Goreng Tepung Rangup, Ikut Petua Ini Tak Liat Langsung Bila Makan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN