resepi sambal goreng jawa

Jom cuba resepi sambal goreng jawa yang mudah dan sedap. Biasanya kita jumpa hidangan ini masa kenduri kahwin, tapi sebenarnya boleh saja buat sendiri di rumah bila teringin.

Istimewanya sambal goreng Jawa ini, bahan-bahannya memang meriah. Ada tempe, tauhu, kentang, kacang panjang, suun, pucuk tauhu dan macam-macam lagi.

Nak tahu apa lagi bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya? Boleh lihat resipi penuh di bawah yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Nor Seri Azlina Bustani.

Baca juga: Petua Udang Rangup, Juicy & Warna Oren Menyala Cantik, Rahsianya Mudah Saja!

RESEPI SAMBAL GORENG JAWA

resepi sambal goreng jawa

Bahan-bahan:

  • Kacang panjang (dihiris nipis serong)
  • Tauhu (dipotong dadu dan digoreng)
  • Kentang (dipotong dadu kecil dan digoreng)
  • Tempe (dipotong dadu dan digoreng)
  • Bawang merah (dihiris dan digoreng asing)
  • Bawang putih (dihiris dan digoreng asing)
  • Halia sedikit sahaja (dihiris nipis)
  • Cili merah/hijau besar (dihiris)
  • Ikan bilis & cili kering (dikisar)
  • Suun (digoreng atau direbus)
  • Pucuk tauhu (direndam/rebus hingga lembut dan toskan)
  • Santan kotak setengah kotak (tak perlu banyak)
  • Udang putih kecil (pilihan, jika mahu lebih sedap)
  • Kicap manis
  • Garam, gula dan perisa secukupnya

Cara memasak:

  1. Tumis bahan kisar (ikan bilis + cili kering) sehingga naik minyak.
  2. Masukkan santan bersama hirisan halia.
  3. Tambahkan bawang merah & bawang putih yang sudah digoreng.
  4. Masukkan kicap manis, garam, gula dan perisa secukup rasa.
  5. Masukkan kacang panjang, tempe, tauhu, kentang, suun dan pucuk tauhu. Gaul rata hingga sebati.
  6. Tutup api dan toskan minyak berlebihan jika perlu.

Sumber: Nor Seri Azlina Bustani

Baca juga: Bubur Pulut Hitam Sedap Warisan Arwah Ayah, Lemak Manis Cukup Rasa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN