resipi sambal telur pecah

Resipi sambal telur pecah ini sesuai untuk mereka yang mahu hidangan cepat dan mudah tetapi tetap sedap. Dengan kombinasi telur, cili kering, bawang putih dan ikan bilis, menu ini pasti menjadi kegemaran seisi keluarga.

Selain senang disediakan, sambal telur pecah ini juga menjimatkan kos dan menggunakan bahan yang ringkas. Namun, rasanya pedas, wangi dan cukup menyelerakan.

Resipi ini boleh diubah suai mengikut selera. Nak lebih pedas boleh tambah cili, nak lebih wangi boleh tambah sedikit limau nipis. Kalau nak cuba, jom lihat resipi penuh di bawah!

Baca juga: Tip Telur Itik Cantik Tak Pecah Dalam Gulai Lemak, Hasilnya Cantik & Kuah Pun Pekat!

RESIPI SAMBAL TELUR PECAH CILI KERING

resipi sambal telur pecah

Bahan-bahan:

  • Telur 3 biji
  • Cili kering secukupnya
  • Bawang putih 2–3 ulas
  • Ikan bilis segenggam
  • Sos tiram 1–2 sudu besar
  • Limau nipis secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak:

  1. Gunting cili kering dan goreng hingga garing tetapi jangan sampai hitam. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng ikan bilis bersama bawang putih hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Apabila semua bahan sudah sejuk, kisar secara kasar menggunakan chopper.
  4. Panaskan minyak, goreng bahan kisar dengan api perlahan hingga garing dan naik aroma. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
  5. Pecahkan telur ke dalam sambal dan kacau sedikit di tepi telur supaya tidak hangus. Masak hingga telur separuh masak atau ikut citarasa.
  6. Perahkan sedikit limau nipis sebelum dihidang. Sambal telur pecah cili kering ini paling sedap dinikmati bersama nasi panas.

Sumber: Puan Alza

Baca juga: Resipi Sosej Telur Sambal, Guna Bahan Ringkas Pun Boleh Jadi Lauk Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN