ayam goreng

Menu ayam goreng kunyit ini memang sangat ringkas dan mudah disediakan. Dengan bahan-bahan yang ada di dapur, hidangan ini boleh siap dalam masa yang singkat tanpa perlu resipi rumit.

Satu hidangan ini dah cukup lengkap bersama sayur, jadi tak perlulah masak lauk tambahan berkali-kali. Anak-anak pasti suka, sebab rasanya yang wangi, rangup di luar dan lembut di dalam.

Untuk lebih lengkap dan sedap, boleh hidangkan bersama kicap, sambal belacan dan telur dadar. Gabungan ini memang ‘perfect’ untuk makan bersama nasi panas dan menjadikan setiap suapan lebih memuaskan.

Baca juga: Resipi Masak Lemak Ayam Goreng, Tak Letak Bawang Pun Tapi Pekat Elok Kuahnya!

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT

Bahan-bahan:

  • Isi ayam, dipotong ikut suka
  • Tepung jagung
  • Lada kering kisar
  • Serbuk kari
  • Kunyit
  • Lada besar / lada bangala, dihiris
  • Bawang merah, dihiris
  • Kacang panjang, dipotong
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Perap ayam dengan tepung jagung, lada kering kisar, serbuk kari, kunyit dan cukup rasa. Boleh perap sekejap atau dalam setengah jam.
  2. Goreng ayam dengan api kecil supaya isi tetap lembut. Jangan goreng terlalu garing. Angkat bila sudah masak keemasan.
  3. Hiris lada besar, bawang merah dan kacang panjang. Goreng kacang panjang sekejap sahaja hingga agak layu, kemudian angkat.
  4. Tumis lada besar dan bawang merah sekejap hingga wangi. Tambah sedikit perasa jika perlu.
  5. Masukkan ayam yang sudah digoreng dan kacang panjang. Gaul semua bahan sehingga sebati. Tambah garam jika kurang masin.
  6. Angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Sumber: Roha Adrinna

Baca juga: Ayam Sambal Sedap Kisar Kasar, Baunya Saja Boleh Buat Perut Lapar

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN