resepi ruam mitr

Peminat ‘boba’ wajib cuba resepi ruam mitr yang berasal dari Thailand ini. Ianya sesuai dihidangkan panas-panas atau dicampur dengan ais. 

Teksturnya yang kenyal-kenyal pasti akan digemari ramai. Bukan setakat anak-anak, orang dewasa pun pasti suka!

Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya di bawah. Resipi hasil perkongsikan oleh Ilyani Kori di laman sosial Facebook.

Baca juga: Kuih Getas Lembut Dan Manis Berlemak, Kuih Klasik Kesukaan Ramai

RESEPI RUAM MITR, DESSERT THAI POPULAR

Bahan-bahan doh:

Bahan-bahan kuah:

  • Santan
  • Gula
  • Garam
  • Daun pandan
  • Sagu
  • Boleh tambah keledek/jagung/nangka jika suka

Cara-cara:

1. Sediakan air panas menggelegak. Kemudian masukkan air panas ke dalam tepung ubi sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh.

2. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Masukkan pewarna pilihan masing-masing dan bentuk menggunakan acuan kuih siput.

resepi ruam mitr

3. Seterusnya rebus dalam air yang menggelagak. Bila dah terapung, angkat dan toskan, kemudian terus masukkan ke dalam air. Ketepikan.

4. Dalam periuk lain, masukkan air, gula, garam dan daun pandan. Kemudian masukkan santan. Bila dah menggelagak, masukkan pula sagu.

5. Tos doh siput tadi dan masukkan ke dalam kuah santan yang kita buat tadi.

resepi ruam mitr

6. Sedia untuk dimakan panas-panas atau boleh tambahkan ais. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Ilyana Kori

Baca juga: Apam Pisang Gebu Guna Sukatan Cawan, Kisar Bahan Guna Blender Je

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN