Jom cuba resepi roti pusing yang mudah dan sedap ini. Nak menghasilkan kudapan ringkas ini, hanya menggunakan 3 bahan mudah saja, minum petang anda pasti berbeza dari biasa.
3 bahan tersebut adalah tepung pulut, telur dan gula. Semua bahan ini perlu disatukan dan diuli sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
Jika mahu mengetahui cara lengkap untuk membuatnya, mari ikuti resipi perkongsian oleh Nor Nabiella di bawah.
Baca juga: Buat Doh Capati Ala Kedai Mamak, Roti Kekal Lembut Sampai Petang
RESEPI ROTI PUSING 3 BAHAN
Bahan-bahan:
- 4 cawan tepung pulut
- 2 biji telur
- 2 sudu besar gula
Cara-cara:
1. Pukul telur bersama gula sehingga kedua-dua bahan ini bercampur rata.
2. Kemudian, masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit sambil digaul.
3. Uli sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
4. Seterusnya, bentukkan roti mengikut kreativiti masing-masing.
5. Selepas semua roti siap dibentuk, sedia untuk digoreng. Goreng dengan minyak yang panas, tapi dengan api perlahan. Caranya, panaskan dulu minyak dengan api sederhana atau kuat. Bila minyak dah panas, turunkan jadi api perlahan.
6. Balik-balikkan roti semasa menggoreng supaya ia masak dengan sekata. Angkat donut dan taburkan gula aising. Siap dan selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nor Nabiella
Baca juga: Resipi Roti Boyan Asli Singapura, Buat Bentuk ‘Mini’ Supaya Lagi Senang Makan