resepi scramble egg

Jom cuba resepi scramble egg paling mudah untuk sarapan! Hanya guna bahan asas seperti telur, susu dan butter, anda dah boleh dapatkan telur hancur yang lembut dan berkrim.

Dengan hanya beberapa langkah ringkas, anda boleh hasilkan telur hancur ala sarapan barat yang sedap digandingkan dengan roti bakar panas.

Kalau nak lebih special, boleh tambahkan bahan seperti keju, hirisan cendawan atau herba segar. Hasilnya bukan saja lebih sedap, tapi nampak mewah macam sarapan di kafe.

Baca juga: Cara Buat Lempeng Kelapa Yang Lembut, Letak ‘Bahan Ini’ Lagi Terasa Lemak Manisnya

RESEPI SCRAMBLE EGG ‘CREAMY’

resepi scramble egg

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar susu UHT
  • 1 sudu besar butter
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam secukupnya

Cara-cara:

  1. Masukkan telur, susu dan butter ke dalam kuali. Sukatan boleh diubah ikut citarasa, kalau nak lebih creamy boleh tambah susu.
  2. Panaskan atas api kecil hingga butter mula cair dan telur sedikit masak.
  3. Kacau perlahan-lahan supaya telur tidak terlalu hancur.
  4. Masukkan garam dan serbuk lada hitam.
  5. Teruskan kacau hingga telur mencapai tekstur lembut dan berkrim.
  6. Angkat dan hidangkan terus.

Nota: Akan ada sedikit lebihan cecair daripada susu, jangan risau kerana itu normal.

Sumber: Irnee Norris

Baca juga: Rahsia Buat Garlic Bread Yang Sedap, Bau Harum Semerbak Sampai Satu Rumah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN