resepi lempeng sedap

Apabila perut lapar pada waktu pagi tapi tiada idea untuk masak sarapan di rumah, bolehlah cuba resepi lempeng sedap yang tetap lembut walaupun sudah sejuk.

Semua orang suka makan lempeng sebagai hidangan ringkas kerana ia mudah dibuat, sedap dimakan dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa serta di mana jua.

Nak buat sarapan atau minum petang untuk keluarga di rumah, kami cadangkan anda buat resepi lempeng sedap oleh Roha Adrinna di Facebook yang hasilnya sangat berbaloi.

Baca juga: Lempeng Pisang Kelapa, Orang Dulu Guna Pisang Jenis ‘Ini’ Baru Sedap

RESEPI LEMPENG SEDAP

resepi lempeng sedap

Bahan-bahan:

Cara-cara buat:

  1. Masukkan tepung gandum, telur, garam dan air ke dalam pengisar.
  2. Kisar sehingga adunan menjadi halus dan sebati.
  3. Panaskan kuali dan sapukan sedikit sahaja minyak sekadar membasahkan permukaan kuali.
  4. Tuangkan adunan dan masak sehingga kedua-dua belah lempeng garing ringan.
    Angkat dan hidangkan.

Cara buat lempeng yang sedap tak perlukan teknik yang rumit. Paling penting, adunannya dikisar sehingga halus supaya teksturnya lebih lembut dan tak berketul nanti.

Teksturnya yang lembut dan bau wangi membuatkan hidangan ini sesuai dimakan dengan apa saja seperti gula, sambal, kari atau kuah kacang yang lazat.

Selamat mencuba!

Sumber: Roha Adrinna

Baca juga: Lempeng Gandum Lembut & Sambal Bilis Garing, Dah Sejuk Pun Sedapnya Tak Hilang

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN