roti jala coklat

Resepi roti jala coklat ini memang jarang dibuat orang. Nampak pelik tapi sebenarnya sedap! Dicicah pula dengan sos coklat homemade, sedap tak terkata.

Jika sebelum ini biasanya roti jala dinikmati bersama hidangan kari ayam, daging atau pun kuzi, kali ini boleh cuba resipi yang berlainan pula.

Resipinya pun sangat mudah dan bahan boleh didapati dengan senang. Saudari Asmida Nor ada kongsikan resipinya. Jom lihat cara-caranya di bawah.

Baca juga: Resipi Cekodok Pisang Bulat-Bulat, Ini Rahsia Kalau Nak Cantik Kejadiannya

RESEPI ROTI JALA COKLAT & SOS COKLAT

Bahan-bahan roti jala:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 4 sudu makan milo
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • Acuan roti jala (empunya resipi guna 5 lubang)

Bahan-bahan sos coklat:

  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 3 sudu makan milo
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1/4 cawan air

Cara-cara:

1. Untuk membuat Roti Jala, satukan semua bahan dan kisar hingga sebati dan tidak berketul.

2. Panaskan kuali yang bersesuaian dan kirai tepung menggunakan acuan mengikut kreativiti masing-masing.

3. Lakukan hingga habis adunan. Ketepikan.

4. Untuk membuat sos coklat yang sangat sedap, caranya mudah sahaja.

5. Campur kesemua bahan dan masak menggunakan teknik double-boil.

6. Bila semua bahan sudah sebati dan pekat, boleh angkat dan tapis supaya teksturnya lebih padu.

7. Sos coklat paling sedap siap disediakan dan boleh dicicah bersama Roti Jala Coklat yang telah dimasak awal tadi. Selamat mencuba!

roti jala coklat

Kredit resipi dan gambar: Asmida Nor

Baca juga: Resipi Kek Sarang Semut, ‘First Time’ Buat Pun Pasti Menjadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN