Selalunya kita guna roti untuk membuat roti telur, roti sardin atau roti sandwic. Kali ini apa kata jom cuba buat roti goreng berinti seperti resipi di bawah.
Sesuai dijadikan bekal untuk anak ke sekolah ataupun untuk makan pagi. Bukan saja anak-anak, orang dewasa pun dijamin akan menyukainya.
Tunggu apa lagi, jom cuba resipi perkongsian oleh Munierah Eyra di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Roti Sosej Gulung Yang Jimat, RM20 Dapat 40 Biji!
Bahan-bahan kulit:
Bahan-bahan inti:
Cara-cara:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan ayam cincang, biarkan sekejap sehingga ayam bertukar putih bermakna sudah masak.
3. Seterusnya, masukkan sayur campur. Masak sehingga air menjadi kering.
4. Barulah masukkan bahan perasa seperti lada hitam, lada putih, sos cili dan sos tiram. Boleh tambah garam dan gula jika perlu. Masak sehingga tidak berair. Siap inti.
5. Ambil sedikit inti dan letak pada tengah roti. Lapis dengan satu keping lagi roti.
5. Guna cawan untuk bentukkan bulat. Tekan cawan dengan kuat. Jika bahagian tepi terbuka, letak sedikit air dan picit bahagian tepi tersebut.
6. Sebelum menggoreng, celupkan roti ke dalam telur terlebih dahulu. Kemudian golekkan dalam bread crumb.
7. Sedia untuk digoreng di dalam minyak yang sudah panas.
8. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Munieyrah Eyra
Baca juga: Buat Sendiri Roti Kukus Viral, Dia Punya Lembut & Gebu Tak Boleh Bawa Bincang
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…