nasi goreng simple sedap

Kalau dekat rumah ada lebihan nasi semalam, jangan terus fikir nak panaskan lauk sahaja. Cuba buat nasi goreng simple sedap ini yang viral di Facebook selepas dikongsikan oleh Net Harry. Walaupun hanya guna beberapa bahan asas dapur, hasilnya memang menyelerakan dan buat makan tak cukup sepinggan!

Resipi ini sesuai sangat untuk sarapan pagi, makan malam ringkas atau waktu malas nak masak lauk banyak. Cara penyediaan pun cepat, tak sampai 10 minit dah siap untuk dihidang.

Baca juga: Nasi Goreng Terlebih Masin? Ini Cara Kurangkan Masin Tanpa Perlu Masak Semula

RESIPI NASI GORENG SIMPLE SEDAP

nasi goreng simple sedap

Gabungan bawang putih, cili dan telur memang buat aroma nasi goreng jadi lebih wangi dan membuka selera. Lagi sedap bila guna nasi putih sejuk kerana tekstur nasi akan jadi cantik dan berderai.

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Tumis bawang putih dan cili hingga naik bau serta sedikit garing.

3. Masukkan telur dan kacau hingga hancur dan masak.

4. Masukkan nasi putih sejuk dan gaul rata.

5. Perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa.

6. Goreng sehingga nasi sebati dan aroma wangi naik.

7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Rahsia Nasi Goreng Lagi Sedap

Ramai tak tahu, penggunaan nasi sejuk sebenarnya antara tips penting untuk hasilkan nasi goreng simple sedap yang tak lembik. Bila nasi berderai cantik, rasa pun jadi lebih sedap dan tekstur lebih menyelerakan.

Selain itu, tumis bawang putih hingga sedikit keperangan supaya rasa nasi goreng jadi lebih padu dan beraroma.

Kalau suka pedas, boleh tambah cili padi lebih banyak. Nak lagi sedap macam versi kedai, tambah sedikit kicap manis atau sos tiram ketika menggoreng nasi.

Mudah, Jimat & Confirm Bertambah

Resipi nasi goreng simple sedap ini memang penyelamat bila nak masak cepat tapi tetap kenyang dan puas makan. Bahan pun semuanya biasa ada di dapur, jadi tak perlu pening fikir menu setiap pagi.

Tak hairanlah ramai suka menu macam ini sebab mudah, jimat dan yang penting memang sedap dimakan panas-panas!

Selamat mencuba!

Sumber: Net Harry

Baca juga: Cara Masak Nasi Goreng Tomyam Sedap Macam Dekat Kedai Thai, Rasa Masam Pedas Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN