resepi rendang udang

Tengok saja resepi rendang udang ini, terus rasa terliur! Kali ini, MyResipi ingin berkongsi resipi istimewa daripada Puan Zana Mokhtar yang bukan sahaja nampak menyelerakan, tetapi juga mudah disediakan.

Kalau sebelum ini asyik buat rendang ayam atau daging, apa kata kali ini cuba pula rendang udang? Bahannya tidak banyak, tetapi proses menumis memerlukan sedikit kesabaran.

Pastikan bahan tumisan dimasak hingga benar-benar pecah minyak untuk mendapatkan rasa rendang yang kaya dan sedap. Pasti puas hati!

Baca juga: Cara Masak Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan, Kegemaran Satu Keluarga!

RESEPI RENDANG UDANG PEDAS

resepi rendang udang

Bahan-bahan:

  • Udang (pilih saiz mengikut citarasa)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 3 batang serai (dikisar)
  • Bawang merah (dikisar)
  • Bawang putih (dikisar)
  • Cili kering (dikisar)
  • Kacang panjang (dipotong)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Santan secukupnya
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 sudu besar gula perang
  • Garam secukup rasa
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • 1 keping asam keping

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan garam dan gula perang, kacau rata.
  3. Tambahkan santan dan sedikit air, kacau hingga sebati.
  4. Bila santan mula pecah minyak, masukkan udang bersama asam keping. Biarkan mereneh seketika.
  5. Masukkan kerisik dan kacang panjang, kacau hingga sebati.
  6. Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan serbuk lada hitam untuk menaikkan aroma rendang.
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Tip: Rendang ini lebih sedap jika dibiarkan seketika sebelum dihidang supaya perisanya lebih meresap ke dalam udang. Selamat mencuba!

Sumber: Zana Mokhtar

Baca juga: Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek, Sesuai Makan Dengan Pulut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN