rendang nangka

Jom cuba resepi rendang nangka muda ini. Kalau dah biasa masak guna ayam atau daging, kali ini apa kata kita tukar selera pula.

Resipi perkongsian oleh Puan Hanieliza Kamarudin ini cukup mudah dan ringkas untuk dimasak. Caranya lebih kurang sama saja seperti rendang biasa, cuma kali ini kita ganti guna nangka.

Baca juga: Telur Pun Sedap Dibuat Rendang, Sesuai Makan Dengan Nasi Lemak!

RESEPI RENDANG NANGKA MUDA

Bahan-bahan A:

  • 1 biji nangka muda (anggaran 2 kg)
  • 1 kg santan pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 keping gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan kerisek
  • 2 helai daun kunyit (dihiris)
  • 7 helai daun limau purut (dikoyak)

Bahan-bahan B (dikisar halus):

  • 1 cawan ikan bilis
  • 15 tangkai cili kering
  • 10 tangkai cili api merah
  • 2 inci kunyit segar
  • 1 inci lengkuas
  • 15 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih

Cara memasak:

1. Buang kulit nangka dan dipotong kecil. Rebuskan dengan garam sehingga lembut. Apabila sudah lembut, toskan.

2. Masukkan nangka, santan, minyak masak dan bahan kisar ke dalam kuali besar.

3. Masak sehingga pekat dan naik minyak sambil dikacau sekali sekala.

4. Masukkan gula melaka, garam, kerisek, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau lagi.

5. Apabila sudah nampak naik minyak dan pekat, boleh tutup api.

6. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

rendang nangka

Kredit resipi dan gambar: Hanieliza Kamarudin

Baca juga: Rendang Itik Cara Minang, Memang Sedap Dan Tiada Bau Hamis Ikut Resipi Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN