putu piring

Kuih putu piring antara kuih tradisional legend yang makin susah nak jumpa sekarang. Padahal dulu senang saja kalau nak cari orang jual.

Bau harum daun pandan dan lelehan gula Melaka dalam putu piring memang buat ramai rindu nak merasa.

Proses membuat agak renyah, tapi memang berbaloi cuba. Hasilnya lembut, wangi dan tak mudah pecah.

Kalau ada yang nak cuba, boleh baca resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Norwati Che Kar di bawah.

Baca juga: Resipi Roti Keramat Inti Kacang Merah Yang Lembut & Gebu, Cicah Kopi Panas Lagi Terangkat!

RESEPI PUTU PIRING

putu piring

Bahan-bahan asas:

  • 1 bungkus tepung beras cap teratai (500g)
  • 1 ½ inci kunyit hidup
  • ½ inci halia
  • ¾ cawan air (untuk kisar kunyit dan halia)
  • Sedikit garam kasar
  • Sedikit halba
  • Beberapa helai daun pandan

Cara penyediaan tepung:

  1. Campurkan semua bahan dengan air kunyit yang telah dikisar (tak perlu tapis), kecuali halba dan daun pandan. Tuang air sedikit demi sedikit. Ralau rasa kurang, boleh tambah sikit lagi. Adunan yang betul sepatutnya bertekstur seperti serbuk roti.
  2. Ayak campuran tadi.
  3. Sediakan pengukus yang dialas dengan kain muslin, kemudian taburkan daun pandan dan halba di atasnya.
  4. Kukus tepung selama 30–45 minit, bergantung pada kekuatan api.
  5. Bila dah masak, keluarkan tepung dan gemburkan semasa masih panas supaya tidak berketul atau keras.
  6. Rehatkan tepung seketika.

Cara buat putu piring:

  1. Ambil sebahagian tepung yang dah dikukus tadi (untuk digunakan sahaja), gaulkan dengan sedikit air dan ayak semula. Jangan bancuh semua tepung sekaligus, sebab tepung kukus boleh tahan lama jika disimpan dalam freezer.
  2. Kalau tepung dah digaul dengan air, pastikan disimpan di freezer jika tak habis guna. Sebab kalau dibiarkan di luar, tepung akan cepat masam.
  3. Masukkan sedikit tepung ke dalam acuan khas putu piring. Letakkan gula Melaka yang diracik halus di tengah, kemudian tutup semula dengan tepung. Pastikan acuan kering supaya tepung tak melekat.
  4. Tutup dengan kain dan kukus selama lebih kurang 10 minit.

Nota penting: Air memainkan peranan yang sangat penting dalam resipi ni. Kalau sukatan air tak betul, putu piring akan jadi kering dan berderai.

Sumber: Norwati Che Kar

Baca juga: Resipi Kek Batik Tanpa Telur, Tapi Tetap Lembut & Tak Keras Bila Digigit!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN