roti keramat

Pasti ramai yang tak pernah dengar nama kuih roti keramat kan? Selain digoreng kosong, boleh juga letak inti kacang merah atau inti lain yang disukai.

Rasanya lembut, manis-manis lemak dan paling sedap bila dicicah dengan air kopi panas. Memang tak sedar makan, sampai boleh habis 10 biji seorang!

Resipi yang dikongsikan oleh Puan Rozy Bakri ini dikatakan menjadi kegemaran suaminya, sampai minta dibuat berulang-ulang kali!

Katanya, roti keramat ini lembut, gebu dan sedap dimakan panas-panas. Jadi, apa kata para isteri cuba pikat hati suami dengan resepi roti keramat ini.

Baca juga: Cara Buat Lempeng Kelapa Yang Lembut, Letak ‘Bahan Ini’ Lagi Terasa Lemak Manisnya

RESIPI ROTI KERAMAT INTI KACANG MERAH

roti keramat

Bahan-bahan:

  • Yis 1 pek
  • Air suam 1 cawan
  • Gula 3 sudu besar
  • Tepung gandum 2 cawan
  • Minyak masak ½ cawan
  • Garam 1 sudu kecil

Nota: Jika doh terlalu lembik, tambahkan sedikit tepung gandum hingga tidak melekat di tangan. Sukatan boleh berbeza mengikut jenis cawan yang digunakan.

Cara-cara membuat:

  1. Campurkan yis bersama gula dan air suam. Kacau hingga gula larut sepenuhnya dan biarkan campuran itu mengembang selama beberapa minit. Proses ni penting supaya roti nanti naik dengan cantik.
  2. Masukkan tepung gandum, garam dan minyak masak ke dalam campuran yis tadi. Gaulkan hingga sebati, kemudian uli hingga doh tidak melekat di tangan dan menjadi lembut.
  3. Tutup doh dengan kain lembap dan biarkan mengembang hingga dua kali ganda saiz asal.
  4. Bila doh dah naik, tumbuk perlahan supaya angin keluar. Uli sekejap saja untuk pulihkan tekstur doh.
  5. Bentukkan doh ikut kreativiti. Boleh buat bulat, panjang atau leper. Kalau nak lebih sedap, boleh letak inti kacang merah, kaya atau kelapa manis sebelum goreng.
  6. Panaskan minyak dengan api kecil. Goreng doh hingga keemasan dan masak sekata. Jangan guna api besar sebab nanti luar hangus, dalam tak masak.

Sumber: Rozy Bakri

Baca juga: Roti Sardin Goreng Rangup, Sekali Gigit Memang Susah Nak Berhenti!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN