
Kuih puteri mandi merupakan manisan tradisional yang berasal dari negeri Kelantan dan Terengganu. Kuih ini masih popular hingga kini dan ada penggemarnya yang tersendiri.
Cara penyediaan kuih ini cukup mudah dan boleh dikatakan hampir sama dengan cara membuat buah melaka. Kuih ini juga popular di bazar Ramadan seluruh Malaysia.
Jadi, jika ada yang teringin nak makan, boleh cuba buat sendiri menggunakan resipi perkongsian oleh Puan Nor Al Fatihah Tihah di bawah.
Baca juga: Resipi Sagupal Inti Kacang Hijau, Kuih Tradisional Yang Selalu Dicari Semasa Ramadan
RESEPI KUIH PUTERI MANDI

Bahan-bahan doh:
- 3 cawan tepung pulut
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1/2 sudu teh garam halus
- 1 1/2 cawan air daun pandan (blend 5 helai daun pandan saiz besar dengan 1 1/2 cawan air, kemudian tapiskan)
- Pewarna hijau epal
Bahan-bahan kelapa:
- 1 biji kelapa parut (ambil bahagian putih sahaja)
- 1 cawan gula melaka (lebih kurang 3 keping)
- 4-5 sudu besar gula pasir
- 1/2 cawan air
- 2 helai daun pandan
Cara-cara:
- Kisar daun pandan bersama air sehingga sebati, kemudian tapiskan.
- Di dalam mangkuk, satukan tepung pulut, tepung gandum, garam, air daun pandan dan pewarna hijau. Gaul hingga menjadi doh yang boleh dibentuk seperti doh buah Melaka atau onde-onde.
- Ambil sedikit adunan, gentel menjadi bulat, kemudian tekan sedikit dengan ibu jari di bahagian tengah. Resipi ini menghasilkan lebih kurang 70 biji kuih, bergantung pada saiz.
- Didihkan air dalam periuk. Masukkan doh dan kacau sedikit supaya tidak melekat. Apabila doh timbul di permukaan air, itu menandakan ia sudah masak. Angkat dan toskan.
- Rendam doh ke dalam air sejuk supaya ia tidak melekat antara satu sama lain.
Untuk menyediakan kelapa manis, satukan gula Melaka, gula pasir, daun pandan dan air dalam kuali. Masak hingga gula larut dan mendidih. - Masukkan kelapa parut dan kacau hingga air gula kering.
- Akhir sekali, masukkan doh yang telah direbus ke dalam kelapa manis. Gaul hingga doh bersalut rata.
- Kuih puteri mandi sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Nor Al Fatihah Tihah
Baca juga: Buat Sendiri Kuih Sopang Tradisi Negeri Sembilan, Payah Nak Jumpa Orang Jual!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














