kuih sopang

Kuih sopang adalah sejenis pencuci mulut tradisional yang diperbuat dari tepung pulut, santan dan gula enai. Ia dinamakan bersempena Pekan Sepang yang disebut ‘Sopang’ dalam loghat tempatan.

Dari segi rupa dan bentuknya, ada yang menganggap kuih ini sama seperti kuih koci atau badak berendam tapi sebenarnya ia berbeza dari segi proses dan juga rasa.

Baca juga: Resipi Kuih Gunting Yang Rangup & Pedas-Pedas Manja, Krup Krap Tak Cukup Sebalang!

RESEPI KUIH SOPANG

kuih sopang

Bahan-bahan adunan tepung:

  • 1 peket tepung pulut
  • Air secukupnya
  • Garam (secukup rasa)
  • Sedikit tepung beras (untuk dimasukkan ke dalam santan semasa mengukus)
  • 1 biji kelapa (ambil santannya)

Bahan-bahan inti:

  • 1 biji kelapa parut (lebih sedap menggunakan kelapa yang diparut sendiri dan kelapa yang sedang-sedang inti)
  • 3-4 ketul gula anau/gula kabung
  • 3 helai daun pandan

Cara buat inti:

  1. Masukkan kelapa parut ke dalam periuk.
  2. Tambahkan 3-4 ketul gula anau atau gula kabung (ikut kemanisan yang diingini).
  3. Seterusnya, masukkan 3 helai daun pandan yang disimpul.
  4. Kacau rata semua bahan dan masak di atas api sederhana sehingga gula larut dan kelapa menjadi agak kering (jangan terlalu basah).
  5. Setelah inti masak, angkat dan ketepikan untuk digunakan sebagai inti.

Cara buat adunan tepung:

  1. Campurkan tepung pulut bersama air sedikit demi sedikit dan gaul rata.
  2. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sehingga adunan menjadi sebati.
  3. Untuk membentuk kuih sopang, ambil sedikit doh adunan dan bulatkan.
  4. Gunakan tangan yang dilapik dengan daun pisang. Letakkan doh adunan di atasnya dan ratakan.
  5. Letakkan inti kelapa yang telah disediakan dan bentukkan seperti karipap.
  6. Susun kuih sopang yang telah dibentuk di atas loyang. Tuangkan campuran santan bersama sedikit tepung beras di atas kuih sopang tersebut.
  7. Kukus kuih sopang selama 10 minit sehingga masak.

Sumber resipi dan gambar: Salihin Mohamad Salihin, Wan Arah Hussin, Nor Hasnah Abdul Kadir

Baca juga: Resipi Bubur Sum Sum Gedik & Lembut, Sedap Dimakan Sejuk-Sejuk!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN