
Musim durian yang melanda di Malaysia membuatkan ramai mencari resepi menggunakan durian. Tak lain dan tak bukan, semestinya resepi Pulut Durian menjadi pilihan ramai.
Pulut Durian ialah sejenis pencuci mulut tradisional popular di Malaysia yang merupakan gabungan antara pulut (beras pulut yang dikukus) bersama santan berlemak masin dan isi durian segar.
Amy Suhaila telah kongsikan resepi Pulut Durian di blognya yang sangat mudah dibuat tapi hasilnya cukup sedap tak terkata. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Masak Pulut Dengan Periuk Nasi, Tak Letak Santan Pun Sedap!
RESEPI PULUT DURIAN

Kredit gambar: jcomp dari Freepik
Bahan-bahan:
- 2 cawan beras pulut susu (direndam lebih kurang 30 minit)
- 1 biji kelapa yang telah dimesin
- 1 cawan air panas
- Garam secukup rasa
- Buah durian di ambil isinya
- Gula pasir (untuk ditabur, jika suka)
Cara-cara membuat:
1. Rendam beras pulut atau apa jenis beras pulut selama 30 minit, kemudian toskan.
2. Panaskan periuk kukusan, apabila air sudah mendidih, masukkan beras pulut susu yang telah ditoskan tadi dan kukus sampai masak.
3. Untuk santan pula, masukkan kelapa yang sudah dimesin tadi ke dalam blender, campur 1 cawan air panas dan kisarkan. Selepas itu, tapis kelapa tersebut untuk mendapatkan santannya.
4. Campurkan santan yang telah dikisar tadi dengan sedikit garam, kacau sebati. Tujuannya supaya santan terasa lemak-lemak masin.
5. Untuk menikmati pulut durian pula, masukkan pulut, santan, isi durian ke dalam mangkuk dan taburkan sedikit gula pasir (jika suka). Siap untuk dihidang!
Selain gula pasir, anda juga boleh gantikan dengan gula melaka yang sudah diparut ataupun isi kelapa yang sudah dikisar dan dimasak atau digoreng dengan gula melaka.
Selamat mencuba!
Kredit gambar muka depan: jcomp dari Freepik
Sumber: Amy Suhaila
Baca juga: Resepi Durian Crepe Gebu Montok & Lembut, Pencinta Durian WAJIB Cuba Buat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














