resepi durian crepe gebu

Sempena musim durian yang sedang melanda, kami nak ajak anda cuba resepi Durian Crepe gebu ini. Bukan setakat kulitnya lembut, malah isinya juga cukup melimpah.

Cara-cara yang ditunjukkan oleh Farah Musa melalui perkongsian resepi Durian Crepe gebu di Facebook ini sangat mudah dan sesiapa yang belum pernah buat pasti dapat hasil menjadi.

Baca juga: Resepi Durian Mille Crepe Terlebih Lapis, Rasa Lembut Berkrim Di Mulut

RESEPI DURIAN CREPE GEBU

resepi durian crepe gebu

Bahan isi:

  • Beberapa ulas isi durian
  • Whiping cream non-dairy (mix sampai kental)

Bahan kulit crepe:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, panaskan sebentar susu full cream agak-agak sampai suam.

2. Campurkan semua bahan ke dalam satu mangkuk besar dan whisk sampai betul-betul sebati.

3. Bagi mendapatkan tekstur licin tanpa ketulan, tapis adunan sebelum digunakan.

4. Kemudian, biarkan adunan rehat selama 10 minit.

5. Panaskan kuali non-stick atas api kecil, kemudian tuang sedikit adunan dan lenggang perlahan-lahan bagi membentuk lapisan nipis.

6. Apabila permukaan crepe naik gelembung-gelembung kecil, terus angkat dan letak atas pinggan, tak perlu terbalikkan pun.

7. Ulang proses sampai habis semua adunan.

8. Apabila semua kulit crepe dah sejuk, barulah mula proses melipat. Ambil sekeping crepe, letakkan whipping cream, susun isi durian di tengah, kemudian tutup lagi dengan sedikit krim.

Selamat mencuba!

Sumber: Farah Musa

Baca juga: Pancake Durian Yang Lembut Dengan 5 Langkah, Hasil Pun Gebu Elok

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN