pulut durian

Entri kali ini adalah resipi khas buat penggemar durian. Selain serawa durian, raja buah ini cukup lazat jika dipadankan dengan kuah santan. Pencuci mulut ini dinamakan sebagai ‘pulut durian’.

Pulut dalam hidangan ini bukan sekadar pulut kosong. Ia dikukus dengan santan, daun pandan dan juga daun pisang yang menjadikan pulut ini lebih lemak dan harum.

Jika ada yang ingin cuba membuatnya sendiri di rumah, boleh ikuti cara membuat pulut serta kuah santan yang dikongsikan oleh Puan Nur Masri di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi ‘Durian Crepe Gebu’, Pertama Kali Buat Pun Menjadi & Sedap!

RESEPI PULUT DURIAN

Bahan kuah santan:

  • Santan
  • Sedikit garam

Cara memasak kuah santan:

  1. Cara membuat kuah santan adalah, campurkan santan dengan sedikit garam dan masak seketika guna api perlahan.

Bahan-bahan buat pulut:

Cara memasak pulut:

  1. Rendam pulut susu selama 1 jam. Kemudia tapis atau sejat pulut yang telah direndam tadi.
  2. Lapik periuk pengukus dengan daun pisang, masukkan pulut dan kukus selama 15 minit. Jangan lupa masukkan daun pandan untuk wangikan pulut.
  3. Bancuh santan dengan sedikit garam dan masukkan pulut yang telah dikukus tadi ke dalam bekas. Gaul sehingga sebati.
  4. Kemudian kukus semula sehingga pulut masak, anggaran dalam 25 hingga 30 minit.
  5. Hidangkan pulut yang sudah siap dikukus dengan buah durian dan sedikit gula kabung/gula nira/gula melaka.
  6. Tuangkan kuah santan ke atas pulut. Selamat menjamu selera!

Kredit resipi dan gambar: Facebook Nur Masri

Baca juga: Cara Buat Serawa Durian Yang Bau Harum Semerbak, Sedap Cicah Roti!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN