ayam goreng ala ikea

Setiap kali pergi IKEA wajib makan ayam goreng chicken wings yang lazat. Rupanya tak susah pun kalau nak cuba buat sendiri ayam goreng ala IKEA.

Kalau buat sendiri, lagi puas makan sebab bahan yang digunakan pun tak mahal. Boleh repeat buat banyak kali pulak tu.

Jom cuba buat nanti dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Nurul Ateekah di bawah.

Resipi Ayam Goreng Ala Ikea

Bahan-bahan:

  • 9 keping chicken [email protected] kg kepak ayam
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar light soy sauce
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu serbuk perasa [email protected]
  • 1 ½ sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar all purpose seosoning
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 5 sudu besar air putih
  • 4 sudu besar topioca starch
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • Minyak masak (untuk mengoreng)

Cara perapan:

1. Cuci ayam bersama 1 sudu besar garam sehingga bersih dan toskan.

2. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak. Gaul sebati dan simpan dalam plastik atau bekas tertutup.

3. Perap selama paling kurang 8 jam dan sebaiknya semalaman dalam peti ais biasa (bukan tempat beku).

Cara memasak:

1. Keluarkan ayam dari peti sejuk 30 minit sebelum menggoreng.

2. Panaskan minyak menggunakan api sederhana pada suhu 150°C atau celupkan lidi, jika berbuih pada permukaan lidi bermakna suhu sudah mencapai 150°C.

3. Masukkan 3 hingga 4 keping kepak ayam dan goreng selama 3 minit, kemudian balikkan dan goreng lagi selama 3 minit (jumlah menggoreng selama 6 minit).

ayam goreng ala ikea

4. Angkat dan toskan ayam (lapik tisu pada pinggan) dan rehatkan selama 6 minit.

5. Kemudian masukkan semula ayam dalam kuali. Goreng sehingga garing paling kurang selama 3 hingga 4 minit (tujuannya untuk mendapatkan tekstur yang rangup di luar dan berjus di dalam). Ayam juga masak dengan sempurna.

ayam goreng ala ikea

6. Angkat dan toskan. Sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!

ayam goreng ala ikea

Kredit: Nurul Ateekah

Baca juga: Mudah Je Nak Buat Ayam Goreng Ala McD, Ini Caranya!