Categories: Informasi

Resepi Pulut Dakap Kelantan Yang Korang Kena Cuba! Sesuai Untuk Juadah Berbuka Puasa

Pulut dakap Kelantan sebenarnya senang dan mudah sahaja nak buat, cuma korang memerlukan cara yang betul sahaja. Pulut dakap ni memang tak sah kalau tak ada di bazaar Ramadhan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Jeehan_Kitchen  di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

PULUT DAKAP KELANTAN

Pulut dakap Kelantan sebenarnya senang dan mudah sahaja nak buat, cuma korang memerlukan cara yang betul sahaja. Pulut dakap ni memang tak sah kalau tak ada di bazaar Ramadhan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Jeehan_Kitchen  di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 300 gm pulut

  • 25 kuntum bunga telang

  • 350 ml air

  • 250 ml santan pekat

  • 2 sdb gula pasir

  • 1/2 sdk garam halus

  • 4 buah pisang abu (belah dua)

  • Daun Pisang (untuk bungkus)

  • Secukupnya tali rafia (untuk ikat)

Kredit: Jeehan_Kitchen

CARA PENYEDIAAN
  • Rebus air dan bunga telang sehingga berwarna biru pekat.

  • Angkat dan tapiskan. Biarkan sehingga sejuk.

  • Cuci pulut hingga bersih, rendam dengan air bunga telang selama 2 jam.

  • Toskan dan kukus pulut selama 30 minit. Angkat pulut dan masukkan  ke dalam bekas.

  • Panaskan santan gula pasir dan garam sehingga larut.

  • Tuangkan santan panas kedalam pulut kukus, kacau sebati hingga meresap, dan biarkan selama 10 minit.

  • Belah dua pisang abu.  Layur terlebih dahulu daun pisang. Siapkan sehelai daun pisang letakkan pulut dan leperkan. Letakan potongan pisang di tengahnya dan bungkus seperti lepat.

  • Buat sampai habis. Dakapkan dua bungkus bersama dan ikat dengan tali rafia dengan kemas.

  • Kukus pulut dakap selama 25 minit sehingga masak. Angkat dan sedia dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Wan N

    Recent Posts

    Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

    Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

    1 day ago

    Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

    Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

    1 day ago

    Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

    Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

    2 days ago

    Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

    Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

    2 days ago

    Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

    Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

    2 days ago

    Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

    Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

    2 days ago