resepi puding tiramisu kastard

Jika anda sedang mencari idea pencuci mulut yang buat orang tersayang tersenyum puas, bolehlah buat resepi Puding Tiramisu Kastard ini. Sekali cuba, pasti nak lagi nanti.

Gabungan kastard yang lemak berkrim dan lapisan biskut lembut, ditambah pula dengan rasa kopi atau coklat, memang kena sungguh dengan tekak. Makan sejuk-sejuk, memang layan.

Cik Pooja telah kongsikan resepi Puding Tiramisu Kastard di Facebook yang hasilnya mampu membuatkan tekak sesiapa pun tergoda melihatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Puding Trifle Sedap Versi Mini, Setiap Lapisan Rasa Lembut Berkrim

RESEPI PUDING TIRAMISU KASTARD

resepi puding tiramisu kastard

  

  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair atau sejat
  • 1½ cawan tepung kastard (saya guna jenama Cap Bintang)
  • 1 sudu kecil garam
  • 5 tin air kosong (sukat guna susu tin tadi)

Bahan-bahan lain:

  • Biskut marie perisa coffee atau coklat
  • Nestum original (sebagai topping)
  • Milo (untuk tabur secukupnya)
  • Adunan kastard (yang sudah dimasak)
  • Bekas tupperware (saya guna tupperware 450Q, dapat 12 bekas)

Cara-cara menyediakan adunan kastard:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau-kacau sampai sebati.

2. Masak adunan atas dapur. Semasa masak, kena kacau-kacau. (jika guna periuk biasa, guna api perlahan saja).

3. Kacau sampai tekstur air tadi bertukar likat lebih kurang dalam 8 hingga 10 minit.

4. Apabila sudah berubah teksturnya, terus tutup api.

Cara-cara membuat puding:

1. Tuang adunan kastard agak-agak selapis dalam bekas.

2. Susun biskut mengikut kreativiti masing-masing.

resepi puding tiramisu kastard

3. Setelah siap susun biskut, tabur nestum pula.

4. Kemudian, lapiskan lagi dengan adunan kastard.

*Langkah: adunan kastard – biskut – nestum atau milo

5. Ulang sampai bekas penuh.

6. Tabur milo pada lapisan kastard paling atas bersama serbuk biskut yang sudah dikisar.

7. Akhir sekali, tutup bekas dan masukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam. Siap!

Resepi Puding Tiramisu Kastard ini memang sempurna dengan rasa manis, lemak dan pahit-pahit kopi. Jadi, ia sesuai untuk orang yang suka pencuci mulut tak terlalu muak.

Selamat mencuba!

Sumber: Cik Pooja

Baca juga: Resepi Tiramisu Mudah, Wanita Ini Tunjuk Langkah Demi Langkah Sampai Lembut Berkrim

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN