
Kalau anda suka pencuci mulut yang lembut, berkrim dan tak terlalu manis, memang wajib cuba puding susu karamel ini!
Gabungan rasa manis dari air gula karamel dan lemak susu dalam puding buatkan setiap suapan terasa nikmat.
Resipi ini juga sangat istimewa sebab tak guna telur, jadi teksturnya lebih ringan dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Simpan dalam peti ais terlebih dahulu sebelum dinikmati, memang sedap sangat bila makan sejuk-sejuk!
Baca juga: Puding Pisang Sedap Tak Terkata, Nak Lembut & Manis Berlemak Ada Rahsianya
RESEPI PUDING SUSU KARAMEL

Bahan untuk puding:
- 10 g serbuk agar-agar
- ½ sudu teh garam halus
- 1250 ml (5 cawan) air
- 200 g (¾ cawan) susu pekat manis
- 750 ml (3 cawan/2 tin) susu cair
- 2 sudu teh esen vanila
- 2 sudu besar tepung kastard + sedikit air (bancuh)
Bahan untuk air gula (karamel):
- 220 g (1 cawan) gula pasir/gula halus
- 250 ml (1 cawan) air panas
- ½ sudu teh esen vanila (pilihan)
Cara penyediaan:
- Masukkan serbuk agar-agar, garam halus dan air ke dalam periuk. Masak sehingga agar-agar larut.
- Tambahkan susu pekat manis, susu cair, esen vanila dan bancuhan tepung kastard.
- Masak hingga mendidih sambil dikacau supaya tidak hangit.
- Setelah larutan puding suam, tuangkan ke dalam bekas dan biarkan mengeras (set).
- Untuk membuat air gula, cairkan gula dalam periuk menggunakan api kecil sehingga bertukar warna amber.
- Masukkan air panas sedikit demi sedikit dengan berhati-hati kerana air panas boleh memercik.
- Tambahkan esen vanila dan masak hingga gula larut sepenuhnya. Biarkan sejuk.
- Akhir sekali, tuangkan air gula yang telah sejuk ke atas puding yang sudah mengeras.
- Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidang. Sedap dimakan ketika sejuk!
Sumber: Noor Ashikin Saerah
Baca juga: Resipi Puding Karamel Pandan Tanpa Guna Telur, Lagi Ringan & Tak Perlu Kukus!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














