resepi puding mangga

Resepi puding mangga ini memang sedap dan ‘meriah’ dengan buah mangga. Memang tak kedekut langsung!

Dijamin puas hati apabila dapat menikmati puding mangga yang lembut dan kaya dengan rasa buah mangga ini. Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Puding Kastard Jagung, Lebihkan ‘Bahan Ini’ Kalau Nak Lagi Lemak

RESEPI PUDING MANGGA

resepi puding mangga

Bahan-bahan:

  • 1 paket agar-agar tali (bahagikan kepada 3 bahagian)
  • 600 g mangga (potong kecil, bahagikan kepada 2)
  • 200 ml whipping cream
  • 200 ml susu cair
  • 2 sudu kordial mangga (atau gunakan essence mangga)
  • 2 sudu essence vanila
  • Gula secukup rasa (saya biasanya letak sedikit gula, tidak ada sukatan tepat kerana saya suka kurang manis; rujuk cara penyediaan)
  • 1100 ml air kosong (jumlah air termasuk susu dan whipping cream mesti total 1500 ml)
  • Secubit garam

Cara lapisan mangga:

 

resepi puding mangga

  1. Potong dadu mangga dan susun dalam bekas dengan cantik. Pastikan jumlah cecair adalah 500 ml.
  2. Rebus 1/3 agar-agar tali dengan 500 ml air hingga agar-agar larut, kemudian padamkan api.
  3. Masukkan gula (anggaran 4 sudu makan; boleh tambah jika suka manis) dan kordial mangga. Tunggu suam sebelum dituangkan ke dalam bekas yang berisi mangga. Elakkan menuang ketika masih panas untuk mengelakkan mangga lebam.
  4. Pastikan cecair ditapis sebelum dituangkan. Setelah siap, sejukkan di bawah kipas sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Lapisan susu:

  1. Rebus baki 2/3 agar-agar dengan 600 ml air sehingga larut.
  2. Setelah agar-agar larut, masukkan gula (anggaran 6 sudu makan) dan kacau hingga sebati.
  3. Tambahkan whipping cream dan susu cair, kacau perlahan untuk mengelakkan buih.
  4. Rasa dan jika kurang manis, tambah gula lagi. Pastikan ia sedikit manis kerana rasa manis akan berkurang setelah sejuk.
  5. Setelah suam, masukkan essence vanila dan garam, tapis dan tuangkan perlahan-lahan ke dalam acuan.

Nota:

  • Saya dapat 2 acuan berukuran 6×6 inci dengan tinggi 3 inci.
  • Untuk mendapatkan puding yang sama tinggi, pastikan sukatan cecair sama rata.
  • Saya menggunakan satu biji mangga besar (berat 700 g), potong kepada dua untuk dua acuan. Jika menggunakan mangga kecil, anggaran satu biji sudah mencukupi.
  • Tunggu hingga puding benar-benar sejuk sebelum dipotong.

Kredit: Nuraini Whd Mua

Baca juga: Puding Karamel Pandan Yang Lembut & Wangi, Resipi Mudah Tanpa Guna Telur

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN